Preview only show first 10 pages with watermark. For full document please download

35 Posting Ke Fb Sepanjang Ramadhan 1434 H Ini

35 posting ke FB sepanjang Ramadhan 1434 H ini

   EMBED


Share

Transcript

  Senarai Posting saya ke Facebook sepanjang Ramadhan 1434 H. 1.Adakah anda tahu bahawa semenjak matahari ( dan sistem planet ini) dilahirkan , ia baru hanya 20kali bertawaf mengelilingi pusat Bima Sakti ? Untuk keterangan lanjut lihat:http://www.universetoday.com/30710/galaxy-rotation/ Yang peliknya , tanpa kehadiran “jisim gelap” ( yang masih menjadi misteri ) yang menarik danmenyatukan jisim dalam galaksi Bima Sakti , proses putaran (tawaf) itu boleh menyebabkan semuaisinya bersepai terbang keseluruh alam semesta. Sebaliknya, tanpa proses tawaf tersebut , semua isiBima Sakti ini akan ditelan ( ditarik masuk) ke dalam Lohong Hitam (Blackhole) yang berada ditengah-tengah galaksi kita ini. Betapa , semua ini diciptakan oleh Allah s.w.t dengan penuhkeseimbangan . 2.Kata-kata Hikmah Imam Al-Ghazali rah. (Ihya’ 1/18) Ilmu adalah pemimpin, sedangkan amal adalah pengikutnya.Ilmu diilhamkan kepada orang yangberbahgia dan diharamkan kepada orang yang celaka. Dengan ilmu seseorang hamba Allahmencapai kedudukan orang pilihan serta meraih darjat tinggi di dunia dan akhirat . Merenungkanilmu setara dengan berpuasa dan mengkajinya setara dengan menegakkan solat. Dengan ilmu , Allahditaati , disembah, diesakan , diagungkan dan ditakuti. Dengannya pula silaturrahim dijalin dan halal-haram diketahui. 3.Tentang mimpi berjumpa Nabi s.a.w Orang Sufi selalu menekankan para salik berusaha dalam amalan Selawat agar bermimpi menemuiNabi s.a.w lebih baik lagi jika dapat berjumpa baginda s.a.w secara yaqazah (jaga) . Sebaliknya ada dikalangan masyarakat meremehkan usaha sebegini sedangkan satu hadith dari al-Bukhari (II/45)menyebutkan: Telah diwahyukan kepadaku bahawa fitnah kubur yang akan menimpa kalian samaatau hampir sama dengan fitnah Dajjal. Seseorang dari kalian didatangkan , lalu ditanyakankepadanya “ Apa yang kau ketahui tentang lelaki ini ? “ Jika ia seorang mukmin atau muqin , ia akanmenjawab “ Dia adalah Muhammad utusan Allah. Dia datang kepada kami membawa buktikebenaran dan petunjuk , kemudian kami memenuhi seruannya , mengimaninya dan mengikutinya”.Setelah itu dikatakan kepadanya “ Tidurlah dengan tenang. Kami tahu kau seorang mukmin”.Penerangan : Dari potongan hadith ini, jelas bahawa tidak mengenal Rasulullah s.a.w merupakansatu fitnah (yang boleh membawa banyak kesukaran di dalam kubur) , sebaliknya mengenal bagindas.a.w dapat melepaskan seseorang Islam dari soalan dan fitnah kubur. Oleh itu, tentulah lebih baikmengenal baginda s.a.w sewaktu hidup lagi melalui jalan mimpi atau yaqazah. 4.Apa itu Keikhlasan? Keikhlasan adalah rahsia antara Allah dan hambaNya. Malaikat pencatat tidak mengetahui sedikitpun mengenainya untuk dapat dituliskan , syaitan tidak mengetahuinya hingga tak dapatmerosakkannya , nafsu pun tidak menyadarinya sehingga tidak dapat mempengaruhinya – ImamJunayd Al Baghdadi.  5.Membanyakan bacaan al-Quran di bulan RamadhanDi bulan Ramadhan yang agung ini sayugia kita dituntut untuk mengangungkan al-Quran denganmembaca dan mengkhatamkannya .Di riwayatkan dari Saidatina Aishah r.anha bahawa Rasulullah s.a.w bersabda “ Al-Quran lebih utamadari segala sesuatu selain Allah. Keutamaan al-Quran dibandingkan kalam lain ialah sepertikeutamaan Allah di atas seluruh makhlukNya. Barangsiapa mengagungkan al-Quran bererti telahmengagungkan Allah s.w.t dan barang siapa yang tidak mahu mengangungkan al-Quran bererti telahmeremehkan hak Allah s.w.t. Kehormatan al-Quran di sisi Allah adalah seperti kehormatan orang tuaatas anaknya. Al-Quran adalah pemberi syafaat dan pembela. Barang siapa yang diberi syafaat olehal-Quran maka dia benar-benar telah mendapatkan syafaat dan barang siapa dibela oleh al-Quranmaka dia benar-benar terbela dan beruntung. Barang siapa menjadikan al-Quran sebagai imam ,maka dia akan dituntun ke surga , sebaliknya barang siapa yang menjadikan al-Quran sebagaipengikut , maka dia akan dituntun ke neraka. “ (Al Kanz (2362) , Tafsir Qurtubi (I/26) dan Tanzih al-Syariah (II/294)6.Ithaf al-Dhaki (disertakan gambar)Ithaf al – Dhaki karangan Sh. Ibrahim Kurani rah. merupakan sebuah kitab syarah kepada kitab al-Tuhfah al-Mursalah, karangan Fadl Allah al-Burhanpuri (yang menghuraikan ilmu mertabat tujoh)yang sangat popular di kalangan ahli Sufi Nusantara , ditulis atas permintaan anak murid danrakannya iaitu Sh. Abdul Rauf Singkel (Acheh) , keduanya seperguruan dengan Sh. Ahmad Al-Qushashi rah. yang terkenal itu. Asalnya hanya 5 salinan ditemui di Perpustakaan Universiti al-Azhardan Universiti Leiden , tetapi kini 31 salinan terdapat di seluruh dunia dan atas usaha Dr. OmanFathurahman , terjemahan teks ini ke dalam B. Melayu /Indonesia telah dapat disiapkan danterbitkan oleh Mizan Press bertarikh Ogos 2012.7. Tanggungjawab memilih Ketua adalah amanah beratHudzaifah Al Yamani r.a menuturkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda “ Barang siapa memilihseseorang untuk mengatur pekerjaan sepuloh orang , sementara dia sendiri tahu bahawa di anatarsepuloh orang itu ada yang berkemampuan lebih baik dibandingkan orang pilihannya , bererti diatelah menipu Allah s.w.t, RasulNya dan jemaah kaum muslimin. “ ( Al Kanz (14653) dan Jam’ alJawami’ (9444).8. Ehwal Kitab Matn az-ZubadKitab Matn az-Zubad (atau Manzhumah Shafwah az –Zubad) merupakan kitab Fiqh Syafi’iyyahberbentuk nazham yang digunakan di pelbagai pondok dan pesantren Nusantara. Lihat :http://kitab-islami.blogspot.com/2013/04/download-matan-zubad-ibnu-ruslan.html Tujuan ditulis begini oleh pengarangnya Ibn Ruslan rah. ialah bagi memudahkan penghafalan.Menurut riwayat yang sahih apabila penulis sudah menyiapkan teks kitab ini beliau ragu samadatulisannya itu berguna atau tidak , lalu halaman-halaman kitab ini dibuang ke laut dengan niat“sekiranya memberi manafaat kepada manusia niscaya Allah s.w.t akan mengembalikannya “.  Ternyata beberapa hari kemudian , halaman-halaman kertas itu ditemui ditepi pantai dalam keadaanbaik , tidak basah dan tersusun. Bahasan dalam kitab ini didahului dengan ilmu ushul dan bahasanFiqh diawali dengan bab Thaharah dan berakhir dengan bab Ummahat al-awlad dengan babpenutup berupa syair tasawuf.9.TENTANG 3 FASA RAMADHANMereka bertanya kepadaku bagaimana pula 3 fasa Ramadhan iaitu rahmat, keampunan danpembebasan dari api neraka itu bersifat kumulatif? Jawapannya adalah seperti berikut: merekayang dibebaskan dari api neraka pastinya mendapat keampunan dan rahmat, sedang mereka yangmendapat keampunan pastinya mendapat rahmat. Jadi, fasa yang awal menuju keseluruhannyakepada fasa yang akhir, sedangkan fasa yang akhir merangkumi semua yang awal , insyaAllah.10. MERENUNGI TENTANG RAHMAT DI FASA AWAL RAMADHANAllah s.w.t berfirman “ Dan RahmatNya lebih baik bagimu daripada harta rampasan yang merekakumpulkan “ ( Al Imran (3) :157). Juga “ Katakanlah, dengan kurnia Allah dan RahmatNya , hendaklahdengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan RahmatNya itu adalah lebih baik dari apa yangmereka kumpulkan “ ( Yunus (10) : 58). Maka, sebai –baik doa memohon RahmatNya adalah sepertiyang difirmankanNya “ Dan katakanlah, Ya Tuhanku berilah ampunan dan berilah Rahmat , danEngkau adalah pemberi Rahmat yang paling baik “ (Al Mukminun (23): 118).11. Dari fasa satu ke fasa-fasa dua dan tiga Ramadhan:Sayugia , kita menapaki fasa kedua (pengampunan) dan ketiga (pembebasan dari api neraka) dengananugerah Rahmat Allah s.w.t difasa pertama Ramadhan dengan doa “ Wahai Dzat Yang Maha Hidupdan Maha Mengurus Makhluk dengan Rahmat-Mu aku memohon pertolongan “ , iaitu pertolonganuntuk mendapat keampunan dan pertolongan untuk bebas dari api neraka. Lafaznya “Ya Hayyu YaQayyum Birahmatika Astaghisu “ (H.R Al Hakim dalam Shahihul Jami’, hadith no. 4791)12. Rahmat di bulan RamadhanRupa-rupanya para pemuda Al Kahfi memohon rahmat dari Allah s.w.t dalam doa mereka “ WahaiTuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjukyang lurus dalam urusan kami “ ( Al-Kahfi (18) :10). Sayugia, semoga dengan permohonan rahmat keatas diri kita, Allah s.w.t menyelamatkan iman kita dari pelbagai cobaan dunia masa kini, insyaAllah.13. Mengajarkan kebaikan (terutamanya di bulan Ramadhan)Rasulullah s.a.w bersabda “ Sesungguhnya Allah s.w.t dan para malaikatNya hingga semut dalamliangnya dan ikan paus di lautan berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepadamanusia”. H.R Thabrani dan Dhiya’ (Shahihul Jami’ hadith no.1838)Allah s.w.t dan para malaikat berselawat kepada orang yang :(i)   Berselawat kepada Rasulullah s.a.w  (ii)   Bersahur untuk puasa(iii)   Bersolat di barisan paling depan(iv)   Menziarahi saudara IslamnyaJadi, bayangkan kelebihan seseorang yang melakukan keempat-empat perkara ini terutama dibulan Ramadhan!14.TENTANG PUJIANJika kau mendapat pujian sementara kau tidak layak atasnya , pujilah Allah s.w.t sebagai Zat yangmemang layak menyandangnya. Jika kaum zuhud mendapat pujian , hati mereka menjadi resahkerana mereka melihat pujian tersebut berasal daripada makhluk ( manusia). Sedangkan, ketikakaum arif dipuji , hati mereka menjadi senang kerana mereka melihatnya berasal dari Allah s.w.t,Raja Segala Raja. -Ibn Athaillah al-Sakandari dlm Al-Hikam.15.TENTANG PERMINTAAN DALAM DOAJangan sampai permintaanmu kau jadikan sebagai sebab pemberian sehingga kau kurangmemahamiNya. Namun, jadikanlah permintaanmu sebagai sarana untuk memperlihatkanpenghambaan dan pelaksanaan hak-hak rububiyahNya. Bagaimana mungkin permintaanmuyang datang kemudian menjadi sebab bagi pemberianNya yang sudah ditentukan sebelumnya !Begitu agung keputusan Allah s.w.t untuk disandarkan kepada rangkaian sebab musabab !Perhatian Allah s.w.t kepadamu bukanlah kerana sesuatu yang berasal dari dirimu. Dimanakahkau ketika perhatian dan pemeliharanNya menemuimu? Pada zaman azali ketika belum adakeikhlasan amal mahupun keadaan rohani . –Ibn Athaillah al-Sakandari dalam Al-Hikam16.TENTANG ORANG-ORANG YANG BERILMUOrang-orang yang berilmu adalah pembantu di waktu bencana dan pelindung di masakesukaran. Jika kau sedang miskin mereka mencukupimu dan jika mereka berdoa mereka tidakmelupakanmu. “ Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah , sesungguhnya golongan Allah itulahgolongan yang beruntung (Al-Mujadilah :22).” Semoga Allah meluaskan hatiku dan hatimudengan pemahaman dan menyinari relung dadaku dan dadamu dengan ilmu serta membulatkantekadku dan tekadmu dengan keyakinan. Aku meyakini bahwa pangkal segala malapetaka yangmerasuk ke dalam hati adalah segala hal yang tidak berguna dan pangkal semua itu adalahterjun ke kehidupan dunia tanpa pengetahuan dan melupakan hari Kiamat setelahmengetahuinya. Cara menyelamatkan diri dari semua itu adalah meninggalkan segala hal yangtidak diketahui dengan sikap wara’ dan melaksanakan semua hal yang diketahui dengan sikapyakin - Kata-kata nasihat Al Harits al-Muhasibi rah. dalam Risalah al-Mustarsyidin .17. ISMUL AZHAM (sajak)Tika ku sebut NamaMU , Tuhanmencair semua kewujudanmengalir ke Lautan Tunggal.   Yang dirasai hanya SATUYang dilihat dan didengariHANYA SATUkernasemua cahaya sudah kembaliatas NamaNya menyatu.Tika ku sebut NamaMU , Tuhanaku sudah tiada lagi di siniSedangkan KAU sentiasa berada di situ.18. Kepentingan zuhud terhadap duniaAl Hasan meriwayatkan “ Suatu hari Rasulullah s.a.w mendatangi sahabatnya , lalu bersabda “Adakah di antara kalian yang ingin agar Allah s.w.t menghilangkan kebutaan (hati)nya danmenjadikannya dapat melihat (dengan mata hati) ? Ingatlah , sesiapa yang mencintai dunia danpanjang angan-angannya , Allah s.w.t akan membutakan hatinya sesuai kadar kecintaannya kepadadunia. Barang siapa berlaku zuhud di dunia dan pendek angan-angannya , Allah s.w.t akanmemberinya ilmu tanpa belajar dan petunjuk tanpa bimbingan.Ingatlah , akan datang sesudah kalian , satu kaum yang takkan dapat menegakkan kekuasaan kecualidengan membunuh dan memaksa, takkan mendapat kekayaan kecuali dengan berlaku congkak dankikir dan tak dapat memperoleh kepopularan kecuali dengan menuruti hawa nafsu. Ingatlah, siapapun di antara kalian yang menjumpai zaman itu , lalu bersabar untuk hidup miskin meski dirinyaberupaya menjadi kaya , bersabar untuk dibenci meski berupaya membuat dirinya disukai orang ,bersabar untuk dihina meski berupaya untuk membuat dirinya dimuliakan , dan semua itudilakukannya semata-mata demi meraih ridha Allah s.w.t , pasti Allah s.w.t akan memberikannyapahala lima puloh shiddiqin. (Ithaf al-Sadah (VIII/86,87) , al- Hilyah (VIII/135))19. RINTIHAN FAJAR (sajak)TuhankuKaulah teman di kala sunyiYang membisik zikir ke dalam qalbuKaulah penghibur hati