Preview only show first 10 pages with watermark. For full document please download

Bisnes Di Facebook

   EMBED

  • Rating

  • Date

    June 2018
  • Size

    1MB
  • Views

    6,347
  • Categories


Share

Transcript

Teknik Mudah Buat Bisnes Di Facebook [1]  TEKNIK MUDAH BUAT BISNES DI FACEBOOK Oleh : Akmal Digital-Niaga.biz Teknik Mudah Buat Bisnes Di Facebook [2]  1. PENDAHULUAN Teknik Mudah Buat Bisnes Di Facebook adalah satu ebook panduan yang akan memberi anda panduan mudah untuk membuat perniagaan internet (bisnes online) menggunakan Facebook sebagai medium utama untuk mendapatkan pasaran. Pasaran adalah perkara utama dalam perniagaan internet. Pasaran terdiri daripada pengguna internet yang akan membeli produk atau perkhidmatan anda, atau menyertai rangkaian dalam perniagaan atau program menjana pendapatan yang anda promosikan. Tanpa pasaran ini, anda tidak akan dapat menjana pendapatan melalui internet. Walau apa pun jenis perniagaan atau program internet yang anda ingin jalankan atau sertai, anda perlukan senarai prospek yang ramai untuk berjaya. Ebook ini akan mendedahkan salah satu teknik mudah untuk mendapatkan pasaran atau prospek yang ramai melalui facebook untuk bisnes internet anda. Disamping itu   juga, anda akan didedahkan dengan perniagaan dan program internet yang boleh menjana pendapatan untuk anda. Teknik Mudah Buat Bisnes Di Facebook [3]  2. MEMBINA HALAMAN PEMINAT (FAN PAGE) Facebook Fan Page merupakan senjata utama yang boleh meledakkan senarai prospek dan meningkatkan jualan anda. Gunakan fan page untuk mempromosikan perniagaan atau program buat duit yang anda jalankan. Ikuti langkah berikut untuk membina Fan Page milik anda. Masuk ke facebook melalui link ini http://www.facebook.com/pages/create.php Anda akan dibawa ke halaman berikut; Terdapat 3 kategori utama untuk create fan page anda iaitu 1. local business Teknik Mudah Buat Bisnes Di Facebook [4]  2. Brand, product, or organization 3. Artist, band, or public figure Anda boleh pilih yang mana berseuaian dengan perniagaan anda. Kemudian masukkan nama fan page anda dan tandakan pada ruang yang anda sebagai pemilik fan page ini. Seterusnya klik “Create Official Page”. Anda akan dibawa ke halaman baru iaitu Sign Up for Facebook. Jika anda sudah mempunyai akaun facebook, anda hanya perlu login. Jika belum, daftarkan satu akaun facebook milik anda. Halaman Fan Page anda telah siap ! Anda akan dibawa terus ke halaman fan page anda. Alamat fan page anda: Contoh: alamat yang tertera di pelayar internet selepas fan page anda siap ; http://www.facebook.com/pages/Bisnes-1-Malaysia/142305165801659?created Alamat fan page anda yang sebenar ialah: http://www.facebook.com/pages/Bisnes-1-Malaysia/142305165801659 Anda boleh pendekkan kepada alamat yang lebih menarik dan pendek seperti; htp://www.facebook.com/Bisnes1Malaysia/ Teknik Mudah Buat Bisnes Di Facebook [5]  selepas anda mempunyai 25 orang fans (peminat) melalui; http://www.facebook.com/username/ Gambar Fan Page Anda Masukkan gambar yang menarik dan bersesuaian dengan fan page anda. Klik pada “Upload an Image”. Teknik Mudah Buat Bisnes Di Facebook [6]  Tuliskan sedikit penerangan fan page anda Fan Page Tab Terdiri daripada Wall, Info, Photos dan Discussions. Anda boleh buang tab Photos dan Discussion jika anda tidak memerlukannya. Klik pada info untuk masukkan maklumat berkaitan anda jika perlu. Wall adalah bahagian yang memang penting iaitu bahagian newsfeed atau juga dikenali sebagai WOYM (What On Your Mind). Menggunakan Minifeed ini anda boleh post semua   jenis posting seperti text, links, photos, events, dan video. Dengan hanya menggunakan share button, posting anda akan diterima oleh semua fans anda secara REAL TIME. Teknik Mudah Buat Bisnes Di Facebook [7]  Settings Bahagian ini ialah bahagian untuk mengawal konfigurasi page utama anda. Pilih pada “Default Landing Tab” untuk pengunjung dan peminat masuk ke laman utama sama ada Wall, Info dan sebagainya. Sekarang anda salin alamat fan page anda tadi di notepad dan klik pada tab Account dan klik logout. Kemudian masuk ke internet dan layari alamat fan page anda. Teknik Mudah Buat Bisnes Di Facebook [8]  Contoh: http://www.facebook.com/pages/Bisnes-1-Malaysia/142305165801659 Ini adalah rupa fan page anda yang dilihat oleh pengunjung. Teknik Mudah Buat Bisnes Di Facebook [9]  3. Membina Tab Baru Di Fan Page Anda perlu membuat satu halaman tab yang baru menggunakan Static FBML untuk manrik lebih ramai peminat. Klik pada link ini (pastikan anda sudah login dahulu ke akaun facebook anda). http://www.facebook.com/apps/application.php?id=4949752878 Anda sudah masuk halaman Static FBML dan klik “Add to my Page”. Teknik Mudah Buat Bisnes Di Facebook [10]  Pilih fan page anda dan klik pada “Add to page”. Untuk kembali ke fan page anda dengan klik link ini http://www.facebook.com/pages/manage Klik pada “Edit Page”. Teknik Mudah Buat Bisnes Di Facebook [11]  Anda dapat lihat aplikasi FNML 1 pada edit fan page anda dan klik pada “Application Settings”. Pastikan kedua-dua Box dan Tabs pada setting “Added”, dengan klik “add”. Klik “Okay”. Sekarang klik “View Page” Teknik Mudah Buat Bisnes Di Facebook [12]  Kini anda telah mempunyai Tab Boxes dan FBML. Sekarang klik pada “Edit Page”. Pergi ke bahagian Application dan pilih FBML, klik “Edit”. Halaman baru edit FBML seperti di atas. Teknik Mudah Buat Bisnes Di Facebook [13]  Pada Box Title, masukkan nama tab yang anda mahukan. Contoh, Peluang Bisnes. Pada ruang FBML, taipkan perkataan seperti ini, “Selamat datang ke Fan Page Bisnes 1 Malaysia”. Klik “Save Changes”. Sekarang klik pada nama fan page anda dan anda akan dibawa ke halaman utama. Teknik Mudah Buat Bisnes Di Facebook [14]  Di bahagian tab, anda telah mempunyai satu halaman baru iaitu Peluang Bisnes dan Boxes. Pada tab Wall klik “Settings”. Default Landing Tab ubah kepada “Peluang Bisnes”. Ini akan membawa semua pengunjung terus halaman “Peluang Bisnes” sebagai halaman utama apabila melayari fan page anda. Teknik Mudah Buat Bisnes Di Facebook [15]  4. Teknik Membina Ramai Peminat Anda perlu tawarkan sesuatu yang boleh membawa pengunjung supaya “LIKE” dan “invite” rakan pada fan page anda. Caranya ialah dengan menawarkan kepada pengunjung untuk muat turun (download) ebook ini secara percuma dengan syarat mereka menjemput dahulu rakan mereka kepada fan page anda. Sekarang kembali ke fan page anda dan klik pada “Edit Page”. Pada bahagian aplikasi, klik “Edit” pada FBML. Teknik Mudah Buat Bisnes Di Facebook [16]  Salin kod FBML berikut :
SelamatdatangkeFanPage Bisnes1Malaysia.Maribersamamembinaperniagaandanmenjana pendapatansampingansecaraonline. Silaklik'Like'untukberkongsipeluangbisnesdi WallBisnes1Malaysia.
 
 Tawaran Istimewa!
 DownloadEbookTeknikMudahBuat BisnesDiFacebookdengan PERCUMA
 (HargaPasaranRM20)
  
 Ikutlangkahberikutuntuk downloadpercuma:
 
 1.Klikbutang"Like"disebelahBisnes1 Malaysiajikaada.Jikatiadateruskanlangkahke-2
 
 2.Selectsemuaskripdibawahini,klikkananmouse andadanCopy
 
   javascript:elms=document.getElementById('friends').getElementsByTagName('li');for(var fidinelms){if(typeofelms[fid]==='object'){fs.click(elms[fid]);}}
 
 3.KlikSINIinidansatu windowbaru(halamanwall)dibuka.Padahalamanwall,klikpadaSuggestto Friends,danakankeluarboxuntukmenjemputrakananda.
 
 4.Padaaddressbarwindowbaruhalamanwalltadi(ruangalamaturl,contoh http://www.facebook.com)..kosongkan,klikkananmouseandadan pilihPaste.Skriptadiakanberadapadaruangaddressbar.Sekarang tekanENTERpadakeyboardanda.Tunggusehinggasemuaatau sebahagiangambarrakanandadalamboxjemputanmenjadiberwarnaBIRU.
 
 5.Klikpada"SendInvitations"dantunggusehinggaselesai.
 
 6.Hantaremailke[email protected]dengantajuk "DownloadPercumadenganSuggesttofriends".Adminakansemakemail andadanhantarlinkdownloadprodukdalamtempoh24jam.

 
 Teknik Mudah Buat Bisnes Di Facebook [17]  Copy kod di atas dan paste di ruang FBML. Perkataan berwarna merah, gantikan dengan alamat dan nama fan page anda, dan alamat email anda. Klik “Save Changes”. Sekarang anda kembali ke halaman utama fan page anda. Anda boleh lihat landing tab fan page anda yang lebih menarik untuk menarik peminat. Teknik Mudah Buat Bisnes Di Facebook [18]  Anda boleh lihat keseluruhan halaman ini. Ia menawarkan ebook percuma kepada peminat anda dengan menjemput rakan mereka. Ini adalah kuasa pasaran viral. Melalui cara ini, bilangan peminat anda akan berkembang dengan sendiri dan berterusan.   Jika anda berkebolehan, anda boleh membuat ebook anda sendiri dan mengubah kod FBML mengikut kreativiti anda. Namun, anda boleh gunakan sahaja kod yang diberi tadi dan berikan ebook ini sebagai ganjaran kepada peminat fan page anda melalui link ini; http://digital-niaga.biz/tmbbdfacebook.php Teknik Mudah Buat Bisnes Di Facebook [19]  Anda perlu melakukan langkah permulaan untuk mencari peminat yang pertama masuk fan page anda. 1. Cari orang, fan page atau group pada ruang “Search” dengan kata kunci seperti bisnes, buat duit, iklan, promosi dan sebagainya. 2. Keputusan carian akan memaparkan mengikut kategori people, page, group, web dan lain-lain. 3. Bagi kategori people, anda pilih sesiapa saja dan klik “Add as Friend”. Tambah rakan anda sebanyak yang anda mampu. Selepas mereka menerima anda sebagai rakan, anda masuk ke fan page anda dan klik “Suggest to Friends”. Di sini, anda menjemput mereka yang telah menjadi rakan anda untuk “Like” pada fan page anda. 4. Bagi kategori Fan Page dan Group, anda boleh “Join Group” atau “Like” dan kemudian anda buat post di wall dengan mempromosikan fan page anda. Ini akan membawa pengunjung dari group dan fan page lain ke fan page anda. 5. Lakukan langkah di atas berterusan sehingga bilangan peminat anda boleh bertambah dan berkembang dengan sendiri. Apabila fan page anda sudah ada peminat, mereka akan menjemput pula rakan mereka untuk “Like” pada fan page anda. Cara inilah yang akan membuat bilangan peminat fan page anda bertambah sendiri secara viral. Dengan teknik yang telah ditunjukkan kepada anda ini, sepatutnya anda kini boleh mempunyai peminat di fan page anda, dan seterusnya boleh menukar mereka kepada prospek kepada perniagaan anda. Teknik Mudah Buat Bisnes Di Facebook [20]  5. Menjana Pendapatan Online Anda Anda telah mengetahui cara untuk mendapat pasaran melalui facebook. Kini anda perlu cari perniagaan atau program internet yang boleh menjana pendapatan untuk anda. Terdapat banyak perniagaan atau program di internet yang boleh memberi pendapatan kepada anda, namun di dalam ebook ini akan mencadangkan beberapa program menarik yang anda boleh sertai. Program Affiliate : Anda boleh sertai sebagai ejen affiliate tanpa memerlukan modal dan mendapat komisen dari setiap jualan melalui link web jualan milik anda. Berikut adalah program affiliate terbaru yang anda boleh sertai. 1. http://www.pakarebook.com (klik dan lihat web jualan) Memberi anda komisen RM40 untuk setiap jualan. Daftar ejen affiliate di sini. Teknik Mudah Buat Bisnes Di Facebook [21]  2. http://www.rahsiabuatduitraya.com Memberi anda komisen RM10 untuk setiap jualan. Daftar ejen affiliate di sini. 3. http://www.SplitAffiliate.com/ Memberi anda komisen RM10 untuk setiap jualan. Daftar ejen affiliate di sini. Teknik Mudah Buat Bisnes Di Facebook [22]  Program MRR (Master Resell Right): Anda perlu beli produk dan anda diberi hak jualan semula dengan keuntungan 100% milik anda. http://www.bisnesmudah.digital-niaga.biz/ Dengan modal RM10, anda dapat produk dan hak jualan semula berserta dengan web jualan. Anda hanya promosikan web jualan yang disediakan untuk anda dengan harga anda sendiri (boleh jual harga RM10-RM40) dan terima bayaran terus ke akaun bank anda. Program lain akan di update dalam ebook ini di masa akan datang dan akan diberitahu kepada anda dari semasa ke semasa. Teknik Mudah Buat Bisnes Di Facebook [23]  Cara Membuat Promosi 1. Update di Wall fan page anda Buat post di wall dan masukkan link affiliate milik anda. Link affiliate boleh didapati di halaman ahli affiliate yang mengandungi id unik milik anda. Kemudian, klik butang “Share” dan post anda akan dipaparkan di Wall setiap facebook peminat fan page anda secara real time. 2. Hantar pesanan melalui “Send an Update”. Masuk ke fan page anda dan klik “Edit Pade”. Teknik Mudah Buat Bisnes Di Facebook [24]  Klik pada “Send an Update”. Masukkan subjek dan mesej anda berkaitan dengan progam yang anda sedang promosikan dan link affiliate anda. Klik “Send” dan mesej anda dihantar ke “Message Updates” di facebook semua peminat fan page anda. Teknik Mudah Buat Bisnes Di Facebook [25]  3. Memasang iklan di landing tab fan page anda. Pada tajuk ke-4 sebelum ini, anda diberi satu kod untuk aplikasi FMBL. Sekarang anda boleh edit sendiri kod tersebut menggunakan software membuat laman web. Anda boleh gunakan software seperti Nvu Portable ini. Klik untuk download. NvuPortable.zip Buka folder yang anda sudah download dan jalankan (open) aplikasi NvuPortable. Biasanya akan buka satu fail baru. 1. Klik pada tab “Normal”. 2. Pilih kedudukan ‘center’. 3. Taip iklan untuk mempromosikan program affiliate anda. Teknik Mudah Buat Bisnes Di Facebook [26]  4. Select alamat laman web jualan. 5. Klik pada Link. Keluar box, masukkan link affiliate anda dan klik OK. 6. Sekarang klik pada tab “Source”. 7. Select kod antara dan dan copy. 8. Paste di ruang kod FBML pada fan page anda, dibahagian bawah selepas kod yang sedia ada. Teknik Mudah Buat Bisnes Di Facebook [27]  9. Klik “Save Changes” dan lihat iklan anda pada landing tab. Di atas adalah cara anda membuat kod. Anda reka iklan di software membuat laman web, salin kod html (ambil kod antara dan sahaja) dan paste pada ruang FBML. Anda boleh tambah lagi iklan pada landing tab dengan ulang langkah di atas. Anda boleh ubah suai saiz dan warna setiap perkataan untuk menarik perhatian. Melalui cara ini, peminat dan pengunjung yang masuk ke fan page anda, mereka akan melihat iklan-iklan anda. Teknik Mudah Buat Bisnes Di Facebook [28]  6. Penutup Panduan ebook ini telah mengajar anda salah satu teknik untuk membuat bisnes melalui facebook. Ia adalah satu asas yang perlu anda kuasai sebelum anda pergi jauh untuk menggunakan strategi yang lebih teknikal melalui facebook. Anda boleh mengaplikasikan semua teknik yang dicadangkan dan mengubah suai mengikut kreativiti anda. Anda boleh masuk ke blog ini http://digital-niaga.biz/blogfb untuk mengetahui perkembangan terbaru dan mencari penyelsaian masalah dalam menggunakan fan page di facebook. Semoga ebook ini dapat memberi anda satu idea bagi menjalankan perniagaan melalui facebook seterusnya menjana pendapatan. Sekian. Semoga anda berjaya!