Preview only show first 10 pages with watermark. For full document please download

Faktor Faktor Yang Mempengaruhi Strategi Pembelajaran Bahasa - Hasmi

1. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA NORHASMI BIN OTHMAN P69062 2. STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA Menurut (Rigney, 1978) strategi pembelajaran…

   EMBED

  • Rating

  • Date

    June 2018
  • Size

    777.5KB
  • Views

    2,112
  • Categories


Share

Transcript

1. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA NORHASMI BIN OTHMAN P69062 2. STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA Menurut (Rigney, 1978) strategi pembelajaran bahasa (SPB) ialah langkah atau tindakan khusus yang diambil oleh pelajar untuk memudahkan pemerolehan, penyimpanan, pemerolehan semula dan penggunaan maklumat. 3. FAKTOR-FAKTOR Motivasi Jantina Etnik dan Budaya Tempoh Pembelajaran Status Sosioekonomi 4. MOTIVASI  Motivasi boleh didefinasikan sebagai usaha yang dilakukan oleh pelajar dalam pembelajaran bahasa kedua hasil daripada keperluan dan keinginan untuk mempelajarinya (Ellis, 1994).  Gardner (1985) ketika mendefinisikan motivasi menurut konteks pembelajaran bahasa kedua menyatakannya sebagai tahap di mana seseorang bekerja dan berusaha untuk mempelajari bahasa kerana keinginannya untuk melakukan demikian dan pengalaman merasakan kepuasan ketika menjalankan aktiviti tersebut. 5.  Pelajar yang bermotivasi tinggi akan mudah untuk mempelajari SPB kerana mereka dapat memilih strategi yang berkesan sesuai dengan keperluan mereka. • Menurut Ehrman (1990), Macaro (2001), Oxford & Nyikos (1989) pelajar bermotivasi tinggi secara sedar dan terkawal akan berusaha dan menghabiskan masa mempraktikkan SPB dengan konsisten. • Motivasi merupakan faktor berkuasa dalam mempengaruhi penggunaan SPB berbanding pemboleh ubah lain. 6. JANTINA  Berdasarkan kajian lepas menunjukkan jantina mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa dalam kalangan pelajar antaranya ialah :  Menurut Maccoby & Jacklin (1974) aptitud lisan perempuan lebih ketara berbanding lelaki. Kemahiran lisan perempuan bermula dari zaman kanak – kanak dan menjadi semakin matang dengan cepat.  Politzer (1983) menyatakan pelajar perempuan menggunakan strategi pembelajaran sosial lebih kerap berbanding pelajar lelaki.  Menurut Zamri (2004) Pelajar lelaki lebih banyak menggunakan SPB dalam kemahiran mendengar & menulis.  Pelajar perempuan lebih banyak menggunakan SPB dalam kemahiran membaca. 7. ETNIK DAN BUDAYA  Pengkaji berpendapat bahawa etnik dan budaya banyak mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa kerana setiap etnik mempunyai corak pembelajaran yang berbeza berbanding etnik yang lain.  Menurut Chamot & O’malley (1990) negara asal dan etnik memberi kesan ke atas mudah atau sukarnya melaksanakan SPB baru.  Oxford (1994) berpendapat strategi mengingat dengan penghafalan dan cara lain lebih digemari kebanyakan pelajar Asia.  Reid (1987) menyatakan pelajar dari pelbagai negara mempunyai SPB yang pelbagai dan berbeza-beza.  Hal ini menunjukkan banyak kajian mendapati etnik dan budaya mempengaruhi SPB. Namun terdapat juga kajian yang menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan. 8.  Para pelajar yang berbeza etnik, budaya & kewarganegaraan mempunyai cara belajar yang tidak sama.  Perbezaan latar belakang budaya dan sistem pendidikan menghasilkan kekuatan & kelemahan yang berbeza dalam diri pelajar. 9. TEMPOH PEMBELAJARAN  Tempoh pembelajaran ialah jangka masa seseorang itu belajar bahasa.  Pelajar bahasa yang lama atau berada di tahap tinggi menggunakan strategi pembelajaran yang berbeza daripada pelajar yang tidak lama atau berada di tahap rendah.  Menurut Ehrman (1990) Pelajar yang sudah lama belajar berkecenderungan menggunakan lebih banyak strategi berbanding pelajar yang kurang tahun pembelajarannya. 10.  Menurut Chamot dan Kupper (1989) pelajar pada tahap tinggi menggunakan lebih banyak strategi berbanding pelajar permulaan.  Menurut Oxford dan Nyikos (1989) pelajar bahasa asing yang baru mempelajari bahasa baru untuk sekurang-kurangnya tiga atau empat tahun, akan menggunakan strategi berorientasi berbanding pelajar baru.  Menurut Chang (2003) pelajar yang mempelajari bahasa bahasa Inggeris melebihi tujuh jam seminggu di luar kelas persekolahan menggunakan lebih banyak SPB berbanding rakan-rakan yang lain. 11.  Menurut Sanders (2004) pelajar yang mempunyai pengalaman pembelajaran bahasa melebihi empat tahun menggunakan banyak SPB berbanding pelajar yang tempoh pembelajaran bahasanya kurang daripada 4 tahun.  Menurut Chang (2003) pelajar yang mempelajari bahasa Inggeris melebihi 7 jam seminggu di luar kelas persekolahan didapati menggunakan lebih banyak SPB berbanding rakan – rakan mereka yang lain. 12. STATUS SOSIOEKONOMI  Status ekonomi adalah gambaran tentang keadaan seseorang atau suatu masyarakat yang ditinjau dari segi sosial ekonomi, gambaran itu seperti tingkat pendidikan, pendapatan dan sebagainya.  Status ekonomi kemungkinan besar merupakan pembentuk gaya hidup keluarga.  Menurut Ballantine (1993), Musgrave (1974), Trusty (1998) ibu bapa mempunyai peranan besar dalam mempengaruhi proses pembelajaran anak mereka.  Menurut Jencks & rakan – rakan (1972) latar belakang keluarga menyumbang lebih daripada separuh perbezaan terhadap pencapaian pelajar. 13. LATAR BELAKANG PENDIDIKAN KELUARGA  Ibu bapa yang mempuyai latar belakang pendidikan yang tinggi akan menjadi role model kepada anak- anak untuk mengikut jejak langkah mereka.  Mereka akan memastikan keperluan anak-anak mereka mencukupi daripada aspek fizikal, mantel dan pendidikan yang berkualiti.  Menurut Mohd Nazali (1999) pelajar yang ibu bapanya berpendidikan tinggi menggunakan lebih banyak SPB secara keseluruhan dan kerap menggunakan strategi di luar kelas & untuk peperiksaan berbanding kumpulan lain.  Faizahani (2002) pelajar yang ibu bapanya berlatar belakang akademik pertengahan lebih banyak menggunakan SPB berbanding pelajar yang ibu bapanya berpendidikan rendah. 14. KESIMPULAN  Secara keseluruhanya terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi strategi pembelajaran bahasa dalam mempelajari bahasa.  Pelajar bahasa perlu bijak untuk meneliti faktor- faktor yang dapat meningkatkan keupayaan mereka dalam mempelahjari bahasa. 15. SEKIAN TERIMA KASIH