Preview only show first 10 pages with watermark. For full document please download

Laporan Penilaian Bukit St Paul

   EMBED


Share

Transcript

2.0 KRITERIA PENILAIAN SEBUTHARGA 2.1 SKOP KERJA 2.1.1Skop kerja untuk projek ini melibatkan kerja-kerja seperti berikut:- i) Kerja-kerja awalan ii)Kawasan Penyelenggaraan iii)Pekerja iv)Penyediaan Tong Sampah v)Pembersihan Dengan Water Jet vi)Pembersihan Meriam   2.2 PENERIMAAN SEBUTHARGA 2.2.1 Sebutharga ini adalah terbuka kepada kontraktor yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Kod Bidang – 220402 (Membersih Kawasan) yang mana pendaftarannya masih berkuatkuasa ketika mengikut sebutharga. 2.2.2 Sebanyak Lapan (8) sebutharga diterima pada tarikh tutup yang telah ditetapkan. 2.2.3 Harga sebutharga yang terendah diterima adalah RM7,940.00 (-22.31%) kurang daripada Anggaran Jabatan manakala yang tertinggi adalah RM12,400.00 (+21.33%). 2.3 LAWATAN TAPAK 2.3.1 Lawatan tapak untuk sebutharga ini telah diadakan pada 1 3hb Oktober  2008. Lawatan ini adalah diwajibkan dan seramai Lapan (8) kontraktor telah menghadiri lawatan tersebut. 2.4JADUAL SEBUTHARGA 2.4.1Disertakan Jadual Tawaran Mengikut Susunan Harga seperti yang dilampirkan pada muka surat 4. 2.5 ANGGARAN JABATAN Anggaran telah disediakan oleh Jurutera Awam, Jabatan Warisan Negara, bernilai RM 15,220.00 untuk sebulan pertama dan RM 10,220.00 untuk sebulan seterusnya. -2- 2.6TEMPOH SIAP KERJA Tempoh perjanjian kontrak adalah minimum untuk selama 24 bulan mengikut syarat-syarat di dalam perjanjian. 2.7METHODOLOGI PENILAIAN Peraturan ini diguna pakai selaras dengan Surat Arahan Perbendaharaan. Mengikut peraturan penilaian sebutharga ini, penilaian ke atas sebutharga- sebutharga ini hendaklah dijalankan dalam dua peringkat iaitu: 2.7.1 Penilaian Peringkat Pertama (Penilaian Awal) . Di peringkat ini penyebutharga akan dinilai berasaskan kepada beberapa pra-syarat yang telah ditetapkan untuk menentukan samada penyebutharga layak dipertimbangkan iaitu seperti berikut: a)Kesempurnaan Sebutharga ( Kecukupan Dokumen Wajib ) 2.7.2 Penilaian Peringkat Kedua (Penentuan sebutharga yang paling menguntungkan untuk diperakukan) Penilaian ini hanya dibuat ke atas penyebutharga yang lulus penilaian Peringkat Pertama bermula dengan sebutharga terendah mengikut turutan harga Sebutharga Menaik. Kriteria-kriteria yang digunakan bagi menentukan sebutharga yang paling menguntungkan untuk disyorkankan adalah: a)Harga Sebutharga b)Pengalaman penyebutharga c)Prestasi Kerja Semasa d)Kakitangan teknikal atau faktor-faktor lain yang menyokong harga sebutharga e)Tempoh Siap Kerja -3- 3.0 LAPORAN PENILAIAN SEBUTHARGA 3.1Daripada Lapan (8) sebutharga yang diterima, harga terendah adalah sebanyak RM7,940.00 manakala harga yang tertinggi adalah RM12,400.00 Sila rujuk Jadual Sebutharga Kerja oleh Jawatankuasa Pembuka Sebutharga (Lampiran G2) 3.2 Borang A (Jadual Kecukupan Dokumen Sebutharga) ( √ ) - Ada( x ) – Tiada - Penyebut harga telah mengisi harga dengan betul -4- Bil/ Ruj Kod Penyebutharga Kesempurnaan Dokumen Wajib Kecukupan Dokumen Wajib Pengalaman Kerja SemasaCatatan 1.5/8 x  x  Tidak mengisi harga pd boring Q Tiada perakuan kontraktor pd dokumen wajib Tiada nyatakan pengalaman kerja 2.3/8     3.4/8   x  Tiada nyatakan pengalaman 4.8/8  x   Tiada salinan penyata kewangan 5.2/8     6.1/8    xTiada nyatakan kerja semasa 7.6/8  x   Tiada salinan penyata kewangan 8.7/8  x  xTiada kerja semasa Tiada salinan penyata kewangan 3.3 Jadual Perbandingan Harga Tawaran dengan Anggaran Jabatan -5- Bil/ Ruj Kod Penyebutharga Kelas Harga Bulan Pertama (RM) Harga Bulan Seterusnya (RM) Perbezaan Harga Bulan Seterusnya (RM) % Perbezaan Harga Dgn. Anggaran Jabatan Bulan Setersunya ANGGARAN JABATAN 15,220.0010,220.00 -- 1.5/810,340.007,940.00-2,280.00-22.31% 2.3/811,300.008,025.00-2,195.00-21.48% 3.4/89,000.008,500.00-1,720.00-16.83% 4.8/813,900.0010,300.00+80.00+0.78% 5.2/810,353.0010,500.00+280.00+2.74% 6.1/812,730.0011,530.00+1,310.00+12.82% 7.6/812,100.0011,750.00+1,530.00+14.97% 8.7/816,000.0012,400.00+2,180.00+21.33% 3.4 Penilaian Awal /Peringkat Pertama a)Sebutharga yang diterima telah dibuat penilaian awal. b)Hasil penilaian bagi setiap kriteria penilaian adalah seperti berikut:- i) Kesempurnaan Sebutharga Tujuh (7) penyebutharga lulus dalam kriteria ini. Sila rujuk Borang A ii) Kecukupan Dokumen Wajib Lima (5) penyebutharga lulus dalam kriteria ini. Sila rujuk Borang A.   iii) Prestasi Kerja Semasa Enam (6) penyebutharga telah mengemukakan senarai kerja semasa. Sila rujuk Borang A. 3.5 Keputusan Penilaian Awal / Peringkat Pertama Tiada   penyebutharga memenuhi kesemua kriteria peringkat awal seperti yang ditetapkan di atas. 3.6 Penilaian Peringkat Kedua – Penentuan Sebutharga Yang Paling Mengguntungkan untuk diperakukan Berdasarkan kepada Penilaian Peringkat Awal, kami mendapati satu (1) penyebutharga menawarkan harga yang ekonomikal dan layak untuk dipertimbangkan. -6- 3.7 Ringkasan Penilaian Sebutharga i)Penyebutharga 3/8 Harga Tawaran :RM8,025.00 a) Menyempurnakan dokumen wajib.  b) Mengemukakan dokumen wajib. c)Mempunyai kecukupan modal syarikat seperti kehendak Jabatan iaitu 5% daripada harga yang ditawarkan. d)Mempunyai pengalaman bidang kerja berkaitan. e) Harga yang ditawarkan adalah lebih rendah dari anggaran jabatan. -7- 4.0PENGESYORAN JAWATANKUASA PENILAIAN TEKNIKAL DAN HARGA 4.1 Berdasarkan kepada penilaian di atas, J/K Penilaian Teknikal dan Harga Jabatan mengesyorkan penyebut harga 3/8 untuk dipertimbangkan dan diterima atas sebab-sebab berikut; a)Penyebutharga menawarkan harga yang lebih rendah dari anggaran Jabatan.    b) Penyebutharga telah melengkapkan dokumen wajib. c) Penyebutharga telah mengemukakan dokumen wajib. d) Penyebutharga menyatakan pengalaman dalam bidang berkaitan di dalam dokumen. e) Penyebutharga mempunyai kecukupan modal syarikat seperti kehendak Jabatan iaitu 5% daripada harga yang ditawarkan. Disediakan oleh: ………………………………………………………….. (Pengerusi) …………………………………………………………..   (Ahli) …………………………………………………………..   (Ahli) Tarikh: 03 Oktober 2008 -8-