Preview only show first 10 pages with watermark. For full document please download

Minit Mesyuarat Rmt & Kantin Kali Pertama

FREE

   EMBED


Share

Transcript

    SJK(T) AIR KUNING SELATAN 73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS,   Tel : 06-4479529 Kod Sekolah: NBD 5032 Fax : 06-4479529 MINIT MESYUARAT KANTIN & RMT KALI PERTAMA - 2017 TARIKH : 14.02.2017 (Selasa) MASA : 2.30 hingga 3.30 petang TEMPAT : PSS SEKOLAH HADIR : 1. PN.S.GIDHA KUMARI (GURU BESAR) 2. PN.K.SANTHI (GPK HEM) 3. PN.S.MISHALINI ( GURU RMT ) 4. PN.P.SHALINY (GURU KANTIN) 5. PN.NACHI (PENGUSAHA KANTIN) TIDAK HADIR : -  Agenda Mesyuarat : 1. Ucapan Aluan 2. Ucapan Pengerusi ( Pn.S.Gidha Kumari) 3. Ucapan GPK HEM 4. Perancangan Tahunan RMT dan Kantin 5. Hal-hal lain 6. Ucapan penangguhan  1. Ucapan Aluan 1.1 Pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru. 1.2 Mengucapkan terima kasih atas sokongan yang telah diberikan oleh semua guru untuk mengurus kantin sekolah. 1.3 Guru Kantin diminta untuk memantau tempat hidangan dan masakan kantin supaya kebersihan sentiasa dijaga. 1.4 Beliau juga meminta Guru Kantin untuk memantau barang jualan dan harga jualan barangan di kantin sepanjang masa. 1.5 Meminta Guru Kantin untuk memaparkan senarai harga makanan di kantin. Tindakan : Guru Kantin 1.6 Meminta guru RMT dan guru kantin untuk sentiasa memantau kebersihan dan keceriaan kantin sekolah. 1.7 Meminta Guru RMT untuk memastikan makanan yang diberikan kepada murid - murid perlu berkhasiat dan mengikut piawaian. 1.8 Beliau juga meminta Guru RMT untuk menyediakan dua senarai menu makanan dan tampal di sudut kantin. 1.9 Memaklumkan bahawa 30 orang murid layak memerima RMT pada tahun ini serta permohonan untuk Tahun 1 dan murid cicir akan dimohon pada bulan Januari. 1.10 Juga memaklumkan bahawa, kadar bantuan RMT bagi seorang murid adalah RM 2.50. Guru RMT perlu memastikan murid-murid RMT mendapat makanan yang berharga RM 2.50. 1.11 Guru RMT juga perlu memastikan bahawa, murid-murid tidak membuang makanan yang diberi tanpa dihabis makan. Tindakan : Guru RMT  1.12 Meminta pengusaha kantin supaya makanan yang dihidang tidak dihinggapi lalat dan sentiasa menjaga kebersihan kantin. 1.13 Beliau juga diminta untuk mematuhi segala peraturan yang diberikan oleh Pejabat Kesihatan supaya mengekalkan Gred A sepanjang tahun. Tindakan : Pengusaha Kantin 2. Ucapan GPK HEM 3.1 Mengalu - alukan kehadiran semua ke Mesyuarat RMT. 3.2 Telah memberitahu bahawa, bilangan murid RMT yang layak pada tahun ini ialah 30 orang. Permohonan untuk murid - murid tahun 1 sedang dalam proses. Tiada murid cicir. 3.3. Syarat kelayakan adalah Pendapatan RM580 dan Perkapita RM140. Tindakan : Makluman 3.3 Jika murid RMT tidak hadir ke sekolah, makanan tersebut perlu diberikan kepada murid ganti. Guru RMT perlu ada senarai murid ganti RMT. 3.4 Guru RMT perlu memastikan makanan yang dihidang adalah mengikut menu yang ditetapkan. Tindakan : Guru RMT 3.5 Guru Kantin diminta untuk menyemak semula Instrumen Pengusaha Kantin bagi memastikan semua instrument dipatuhi. 4. Perancangan Tahunan 4.1 Antara aktiviti yang dirancang adalah : 4.1.1 Ceramah Kepentingan Makanan Seimbang. 4.1.2 Menghasilkan Piramid Makanan (Thp 2) -    5. Hal-hal lain. 5.1 Guru RMT mengedarkan menu RMT 2017 kepada GB, GPK HEM dan Pengusaha Kantin. 5.2 Guru Besar, GPK HEM bersama pengusaha kantin membincangkan menu RMT. 5.3 Selepas perbincangan, Menu RMT diterima dengan sebulat suara dan Menu disertakan sebagai lampiran. Tindakan : Makluman 6. Ucapan penangguhan 6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang Urursetia Mesyuarat Unit RMT SJKT AIR KUNING SELATAN 19.02.2017