Preview only show first 10 pages with watermark. For full document please download

Nota Panduan Tatacara Pembayaran Kwsmp_v7_1

-

   EMBED

  • Rating

  • Date

    May 2018
  • Size

    386.3KB
  • Views

    10,920
  • Categories


Share

Transcript

  Versi    2:   Feb   2015   1   NOTA PANDUAN (PEMAJU) TATACARA KUTIPAN KUMPULAN WANG SUMBANGAN MODAL PEMBETUNGAN A.   PENGENALAN Nota panduan ini bertujuan bagi menjelaskan tatacara kutipan Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan (KWSMP) merangkumi perkara-perkara seperti kaedah kutipan, pengemukaan dokumentasi sokongan, skop tanggung jawab pemaju dan syarat-syarat keperluan lain yang ditetapkan oleh SPAN. B.   SYARAT KEPERLUAN SUMBANGAN 1.   Sesuatu pembangunan itu adalah tertakluk kepada bayaran sumbangan KWSMP seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 172 (2) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655] apabila: a.   membuat penyambungan ke suatu pembetung awam; b.   membina tempat rawatan kumbahan tanpa kemudahan pemprosesan enap cemar dan/atau penjana kuasa tunggu sedia; dan c.   membina tangki septik yang menghendaki suatu kemudahan pemprosesan enap cemar di luar tapak 2.   Selanjutnya perkara ini diperincikan di dalam Peraturan-Peraturan Industri Perkhidmatan Air (Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan) 2011 dan pindaan Mei 2012 yang mana dirujuk sebagai “Peraturan KWSMP” dalam dokumen ini. C.   SUMBANGAN DAN PENGEMUKAAN DOKUMENTASI 1.   Sumbangan KWSMP hendaklah dijelaskan kepada Agensi Perakuan Pembetungan (APP) yang dilantik SPAN iaitu Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) atau Majaari Services Sdn Bhd (MSSB) (untuk negeri Kelantan). 2.   Sumbangan KWSMP hendaklah dijelaskan sebelum atau ketika pengemukaan permohonan kelulusan kerja pembetungan sama ada di peringkat perancangan atau pun reka bentuk atau pun pemeriksaan akhir mengikut kumpulan kategori seperti yang diperincikan dalam Jadual 2 (Tatacara Kutipan KWSMP). Resit akan dikeluarkan setelah sumbangan dijelaskan.  Versi    2:   Feb   2015   2   D.   KADAR SUMBANGAN   Jadual 1 di bawah menerangkan kadar sumbangan mengikut kategori seperti mana dinyatakan di dalam Peraturan KWSMP.  Jadual 1 : Kadar sumbangan KWSMP mengikut jenis kategori. KATEGORI KADAR SUMBANGAN (A) Sambungan ke suatu pembetung awam 1.00 % daripada Harga Jualan 1  dan/atau Nilai Pasaran 2  1.00 % daripada kos kontrak (bagi projek kerajaan sahaja 3 ) (B)  Tangki septik RM 120 / Penduduk Setara (C) Membina tempat rawatan kumbahan tanpa kemudahan pemprosesan enap cemar atau penjana kuasa tunggu atau kedua-duanya RM 5 / Penduduk Setara (D) Bangunan Spesifik 4  Bangunan kediaman kos rendah : RM 1000 / projek Sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan: RM 1000 / projek Rumah ibadat : RM 100 / projek Bangunan komuniti : RM 100 / bangunan Bangunan kebajikan : RM 100 / bangunan Nota: 1.   Harga Jualan - a.   Bangunan yang dijual seperti yang dinyatakan dalam perjanjian jual beli; atau b.   Bangunan kediaman yang belum terjual bermaksud harga jualan bagi unit tersebut yang dikemukakan kepada Pengawal bagi permohonan permit iklan dan jualan di bawah Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1989. 2.   Nilai Pasaran - a.   Bangunan yang tidak dijual tetapi tidak termasuk Bangunan Spesifik (rujuk Nota 4); atau b.   Bangunan untuk dijual tetapi belum terjual, tidak termasuk bangunan kediaman (rujuk Nota 1b) dan Bangunan Spesifik, yang dinilai oleh penilai berdaftar dalam tempoh 3 bulan sebelum sumbangan dibuat. 3.   Projek Kerajaan - Projek yang dibina atau dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan 4.   Bangunan Spesifik - Kadar sumbangan yang dinyatakan adalah terpakai tidak kira sama ada pembangunan bagi premis-premis bangunan spesifik itu membuat penyambungan ke pembetung awam atau menggunakan tangki septik atau membina tempat rawatan kumbahan tanpa kemudahan pemprosesan enap cemar dan/atau penjana kuasa tunggu atau merupakan projek kerajaan. 5.   Sila rujuk Jadual 3 dalam senarai lampiran berkenaan penetapan bilangan Penduduk Setara (PE) mengikut jenis premis.  Versi    2:   Feb   2015   3   E.   TATACARA KUTIPAN DAN TANGGUNGJAWAB PEMAJU 1.    Tatacara kutipan mengikut kategori kadar sumbangan adalah seperti mana di  Jadual 2. Sila rujuk Jadual 1 berkenaan skop kategori yang dimaksudkan.  Jadual 2 : Tatacara Kutipan KWSMP KUMPULAN KUMPULAN 1 (Kategori A) KUMPULAN 2 (Kategori B, C, D) PERKARA Pengemukaan sumbangan kepada APP a.   Sumbangan perlu dijelaskan sebelum atau ketika di peringkat pengemukaan permohonan pemeriksaan akhir (PDC8) / (SWC). a.   Kategori B - Sumbangan perlu dijelaskan sebelum atau ketika di peringkat pengemukaan permohonan kelulusan reka bentuk (PDC2) / (SWA). b.   Kategori C dan D – sumbangan perlu dijelaskan sebelum atau ketika di peringkat i.   pengemukaan permohonan kelulusan reka bentuk (PDC2) / (SWA); atau ii.   pengemukaan permohonan pemeriksaan akhir (PDC8) / (SWC) Sumbangan a.   Sumbangan hendaklah dibuat sama ada melalui Draf Bank / Bankers Cheque atau Cek Kerajaan di atas nama SPAN-KWSMP  Keperluan dokumentasi sokongan (sila rujuk lampiran) a.   Senarai Semak KWSMP (SCC Checklist) b.   SCC Form K-1 a.   Senarai Semak KWSMP (SCC Checklist) b.   SCC Form K-2 2.   Bagi senario yang mana sesuatu pembangunan itu membuat penyambungan ke suatu pembetung awam dan dalam pembangunan tersebut mempunyai premis Bangunan Spesifik, maka pengemukaan dokumen sokongan perlu mengikut kategori yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun Draf Bank/ Cek Kerajaan boleh disediakan dengan mengambil kira jumlah keseluruhan sumbangan KWSMP.  Versi    2:   Feb   2015   4   3.   Pemaju adalah bertanggungjawab untuk memastikan: a.   Sumbangan KWSMP yang dijelaskan adalah tepat mengikut kadar dalam  Jadual 1. b.   Dokumen sokongan yang dikehendaki bagi tujuan menjelaskan sumbangan KWSMP dikemukakan dengan lengkap dan teratur. c.   Segala butiran maklumat yang dikemukakan adalah tepat dan benar. Pengemukaan maklumat palsu atau mengelirukan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 200,000.00 atau dipenjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 130 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655). d.   Dari masa kesemasa jika dikehendaki oleh SPAN untuk mengemukakan segala dokumen sokongan seperti perjanjian jual beli, laporan penilaian, permit iklan jualan, sijil layak menduduki bangunan dan mana-mana dokumen lain berkaitan yang diminta bagi tujuan semakan. Dokumen perlu dikemukakan dalam tempoh tujuh (7) hari dari pengeluaran tarikh notis oleh SPAN. F.   LAIN-LAIN PERKARA 1.   Permohonan Kelulusan Kerja-Kerja Pembetungan Setelah sumbangan dijelaskan dan dokumen adalah lengkap, pihak APP akan terus memproses permohonan kelulusan kerja-kerja pembetungan tanpa perlu menunggu resit KWSMP dikeluarkan oleh SPAN. 2.   Kadar KWSMP bagi Small Sewage Treatment System (SSTS) SSTS adalah dianggap sebagai tempat merawat kumbahan. Oleh itu, kadar sumbangan KWSMP bagi SSTS yang ditetapkan adalah RM 5/PE. 3.   Amuan Tidak Tepat a.   SPAN berhak untuk meminta pemaju untuk menjelaskan baki sumbangan jika didapati amaun yang dijelaskan tidak tepat. b.   Pemaju hendaklah menjelaskan baki sumbangan tersebut dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis makluman SPAN. 4.   Semakan semula oleh SPAN SPAN dari semasa ke semasa (jika perlu) akan melaksanakan semakan ke atas pemaju berkenaan maklumat-maklumat yang telah dikemukakan berkenaan pembayaran sumbangan KWSMP.