Preview only show first 10 pages with watermark. For full document please download

Panduan Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baru Program Tamhidi Sesi Akademik 2013/2014 Unibersiti Sains Islam Malaysia

PANDUAN PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU PROGRAM TAMHIDI SESI AKADEMIK 2013/2014 UNIBERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH: PUSAT TAMHIDI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA 1 1. PENDAHULUAN Terlebih

   EMBED

  • Rating

  • Date

    June 2018
  • Size

    618.1KB
  • Views

    7,079
  • Categories


Share

Transcript

PANDUAN PENDAFTARAN KEMASUKAN PELAJAR BARU PROGRAM TAMHIDI SESI AKADEMIK 2013/2014 UNIBERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH: PUSAT TAMHIDI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA 1 1. PENDAHULUAN Terlebih dahulu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengucapkan TAHNIAH di atas kejayaan saudara/i terpilih untuk mengikuti pengajian Program Tamhidi di USIM. Adalah menjadi harapan USIM supaya saudara/i yang bertuah dan istimewa ini menggunakan dan menjalankan amanah sebagai Pelajar USIM dengan sebaik-baiknya dan bertekad menjadi pelajar terbilang dalam bidang masing-masing yang tinggi dengan nilai penghayatan islam. 2. SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN (a) (b) Syarat-sayarat tawaran kemasukan ini hendaklah dibaca bersama Surat Tawaran Kemasukan Rasmi yang diberikan kepada saudara/i. Tawaran kemasukan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut: (i) (ii) Saudara/i disah oleh Senat Universiti sebagai ditawarkan. Saudara/i lulus pemeriksaan kesihatan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar, termasuk ujian air kencing untuk pengesanan penyalahgunaan dadah dan x-ray dada sama ada daripada hospital/klinik Kerajaan atau hospital/klinik swasta menggunakan Borang AKAD A/01 Laporan Pemeriksaan Kesihatan. USIM berhak mendapatkan pendapat kedua (second opinion) untuk memastikan sama ada saudara/i benar-benar sihat untuk mengikuti pengajian. Saudara/i dikehendaki membawa Borang AKAD A/01 Laporan Pemeriksaan Kesihatan yang telah lengkap diisi semasa mendaftar. (iii) Saudara/i menjelaskan bayaran-bayaran seperti dinyatakan dalam tawaran kemasukan ini. (iv) Saudara/i dikehendaki mencarum dan patuh kepada syarat-syarat Skim Takaful Kemalangan Diri yang ditetapkan oleh USIM. (c) Tawaran kemasukan ini akan terbatal dengan sendirinya jika saudara/i seorang Pegawai Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan tidak mengemukakan surat kebenaran yang ditetapkan atau penuntut yang sedang mengikuti apaapa program di mana-mana institut perguruan atau institusi pengajian tinggi sama ada dalam atau luar negara atau sedang mengikuti apa-apa program pendidikan jarak jauh atau seumpamanya di mana institusi pengajian tinggi sama ada dalam atau luar negara. 2 (d) Sepanjang tempoh pengajian: (i) (ii) (iii) Saudara/i hendaklah mematuhi undang-undang negara dan undang-undang USIM yang terdiri dari pada Akta Universiti dan Kolej Universiti, Perlembagaan Universiti Sains Islam Malaysia, Kaedah-kaedah Universiti Sains Islam Malaysia (Tatatertib Pelajar-pelajar), Statut-statut, Peraturan-peraturan dan keputusan yang dibuat oleh USIM dari semasa ke semasa; Saudara/i hendaklah sentiasa menjaga nama baik USIM dan menjaga harta benda serta kemudahan-kemudahan perkhidmatannya daripada dirosakkan oleh sesiapa jua; Saudara/i hendaklah menghormati semua kakitangan akademik dan pentadbiran USIM; (iv) Saudara/i hendaklah tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang menghalang perjalanan dan urusan USIM seperti memulaukan kuliah dan seumpamanya; (v) (vi) (vii) Saudara/i hendaklah bekerjasama dengan Pengetua Kolej Kediaman dan patuh kepada peraturan-peraturan Kolej Kediaman sama ada saudara/i penghuni atau tidak; Saudara/i hendaklah sedaya-upaya mengambil bahagian dalam semua kegiatan akademik, kebudayaan, sukan serta perkhidmatan masyarakat yang dilaksanakan oleh USIM untuk saudara/i; dan Saudara/i hendaklah menjelaskan semua bayaran yang dikenakan kepada saudara/i oleh USIM. (e) Pelajar wanita tidak dibenarkan memakai purdah (menutup muka) atau pakaian yang tidak menutup aurat sewaktu berada dalam kawasan kampus. (f) (g) (h) Saudara/i dikehendaki hadir mendaftar pada tarikh yang telah ditetapkan seperti dinyatakan dalam surat tawaran kemasukan. Jika saudara/i gagal mendaftar, tawaran kemasukan ini dianggap batal walaupun saudara/i telah mengesahkan penerimaan tawaran kemasukan ini melalui laman web USIM, kecuali kebenaran untuk mendaftar lewat telah diperolehi daripada USIM. Bayaran-bayaran yang telah dijelaskan tidak akan dikembalikan. USIM berhak menarik balik/membatalkan tawaran kemasukan ini pada bila-bila masa atau menyingkirkan saudara/i sekiranya didapati maklumat yang saudara/i berikan semasa permohonan 3 kemasukan tidak benar. 3. DOKUMEN PENDAFTARAN DAN PROSES PENDAFTARAN DIRI (a) Pendaftaran pelajar baru Program Tamhidi USIM bagi Sesi Akademik 2013/2014 adalah pada 30 Mei 2013, di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan mengikut jadual berikut: (i) (ii) , pagi Pelajar Tamhidi Sains & Teknologi Pelajar Tamhidi Pergigian , pagi 2.30 petang Pelajar Tamhidi Perubatan Pelajar Tamhidi Perakaunan & Muamalat Pelajar Tamhidi Syariah & Undang-Undang (b) (c) Sila hadir mendaftar mengikut jadual yang ditetapkan sahaja bagi mengelakkan kesesakan. Bagi tujuan pendaftaran, sila sediakan dokumen-dokumen berikut: (i) Dokumen asal untuk pengesahan (1) Kad Pengenalan (2) Surat tawaran kemasukan (3) Sijil/slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) * Sila sediakan dokumen asal berikut untuk semakan sahaja. * Sila pastikan dokumen asal tersebut diterima semula sebelum meninggalkan kaunter pendaftaran. (ii) Dokumen untuk diserahkan di Kaunter Pendaftaran dan arahan susun atur * Salinan Dokumen berikut hendaklah diserahkan kepada Petugas Pendaftaran (1) Borang AKAD A/01, Laporan Pemeriksaan Kesihatan (2) Borang AKAD A/08, Perakuan Kebenaran Bius (3) Filem X-ray (iii) Set Borang Biasiswa lengkap seperti berikut: Di kepilkan bersama (1) Tiga (3) salinan borang perjanjian biasiswa yang telah dimatikan setem setiap satu (2) Satu (1) salinan Borang Pengakuan Kedudukan Kewangan Penjamin (3) Satu (1) salinan Kad Pengenalan Pelajar yang telah disahkan benar (4) Satu (1) salinan Kad Pengenalan Penjamin yang telah disahkan benar 4 (iv) (vi) Slip bayaran/slip pembayaran bil Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sebagai bukti pembayaran Yuran Pendaftaran Salinan Dokumen berikut hendaklah dimasukkan ke dalam Fail Pelajar yang dibekalkan (1) Salinan Kad Pengenalan (2) Salinan Sijil Kelahiran (3) Salinan Surat Tawaran Kemasukan (4) Salinan Sijil/slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (5) Sekeping gambar berukuran pasport dilekatkan di ruang yang telah disediakan (d) (e) (f) Carta Alir Pergerakan pelajar semasa proses pendaftaran pelajar baru Program Tamhidi Sesi Akademik 2013/2014 pada 30 Mei 2013 adalah seperti di Lampiran 1. Layout Stadium Tertutup Nilai bagi proses pendaftaran pelajar baru Program Tamhidi Sesi Akademik 2013/2014 pada 30 Mei 2013 adalah seperti di Lampiran 2. Pakaian semasa Pendaftaran/Lapor Diri dan sepanjang Minggu Taaruf adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah: Tarikh/ Masa Aktiviti Lelaki Pakaian Wanita pagi malam Pendaftaran (Lapor Diri), Taklimat Pengarah, Ceramah Motivasi Baju Putih Seluar Gelap Tali Leher USIM (perlu di beli semasa hari pendaftaran, RM17.00) Baju Putih Tudung Putih Kain Gelap pagi malam Taklimat HEP, Majlis Amanat Naib Canselor Baju Korporat USIM (perlu di beli semasa hari pendaftaran, RM69.00) Seluar Gelap Baju Korporat USIM (perlu di beli semasa hari pendaftaran, RM69.00) Tudung Putih Seluar /Kain Gelap pagi - Eksplorasi, Senam Baju Sukan/T- Baju Sukan/T- 5 2.00 petang Robik, Gotong Royong, Kenduri Shirt (diberikan percuma pada hari pendaftaran) Seluar Sukan Kasut Sukan Shirt (diberikan percuma pada hari pendaftaran ) Tudung Putih Seluar Sukan Kasut Sukan (g) Reka bentuk (design) Baju Korporat USIM yang perlu dibeli oleh pelajar pada hari Pendaftaran adalah seperti berikut: 6 (h) Semua barang-barang peribadi seperti beg, buku, alat keperluan harian dan Iain-lain TIDAK BOLEH dibawa ke tempat pendaftaran. Sila letakkan di tempat yang selamat. (i) Hanya satu (1) kenderaan sahaja bagi setiap pelajar dibenarkan masuk untuk tujuan menurunkan barang-barang ketika mendaftar di kolej-kolej kediaman. Sila ikut arahan dan panduan Pengawal Keselamatan USIM. 4. PEMERIKSAAN KESIHATAN (a) Saudara/i dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan termasuklah pemeriksaan air kencing untuk mengesan penyalahgunaan dadah dan x-ray dada. (b) Saudara/i dikehendaki menggunakan Borang AKAD A/01 Laporan Pemeriksaan Kesihatan untuk tujuan pemeriksaan kesihatan. (c) Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan sama ada di hospital/klinik Kerajaan atau hospital/klinik swasta yang diiktiraf dan bertauliah. (d) Saudara/i juga perlu melengkapkan Borang AKAD A/08 Perakuan Kebenaran Bius (Anaesthesia) dan Pembedahan. 7 (e) Borang AKAD A/01 Laporan Pemeriksaan Kesihatan, Borang AKAD A/08 Perakuan Kebenaran Bius (Anaesthesia) dan Pembedahan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan pada hari pendaftaran. (f) Kegagalan saudara/i mengemukakan Borang AKAD A/01 Laporan Pemeriksaan Kesihatan atau Laporan Pemeriksaan Kesihatan saudara/i menunjukkan saudara/i tidak sesuai untuk meneruskan pengajian, saudara/i boleh ditamatkan pengajian walaupun setelah saudara/i sah mendaftar sebagai pelajar USIM. 5. YURAN PENDAFTARAN DAN PENGAJIAN (a) Yuran Program Tamhidi dibahagikan kepada dua (2) komponen utama, iaitu bayaran sekali sepanjang tempoh pengajian dan bayaran berulang setiap semester. Rujuk struktur yuran Pusat Tamhidi seperti Jadual A. KOMPONEN YURAN (A) Yuran Pendaftaran (Bayaran Sekali Sepanjang Tempoh Pengajian) (B) Yuran Pengajian, Penginapan dan Lain-lain (bayaran berulang setiap semester) JADUAL A: STRUKTUR YURAN PROGRAM TAMHIDI BAYARAN ITEM (RM) Pendaftaran Kebajikan Minggu Ta aruf Aktiviti Pusat dan Buku Panduan Kad Pelajar Malaysian University English Test (MUET) JUMLAH (A) Pengajian ** Penginapan ** Kemudahan Peralatan Perpustakaan Ko Kurikulum dan Sukan Komputer dan ICT Skim Perkhidmatan Kesihatan Pelajar Aktiviti kolej kediaman Pengangkutan Insurans 5.00 JUMLAH (B) JUMLAH BESAR (A) + (B) ** Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan dibiaya oleh KPT (dibayar terus oleh KPT kepada USIM). 8 (b) Yuran yang perlu dibayar pada Semester I Sesi 2013/2014 adalah yuran bagi kedua-dua komponen iaitu sebanyak RM Yuran ini perlu dijelaskan sebelum hari pendaftaran. (c) Yuran yang perlu dibayar pada Semester II Sesi 2013/2014 adalah yuran bagi komponen berulang sahaja iaitu sebanyak RM Yuran ini boleh dibayar pada bila-bila masa dalam tempoh sebulan selepas pendaftaran semester II. (d) (e) Kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membiayai sepenuhnya bayaran yuran pengajian dan yuran penginapan saudara/i seperti yang ditunjukkan dalam Jadual A. Yuran Pengajian dan Penginapan ini akan dibayar terus oleh KPT kepada USIM. Segala bayaran yang telah saudara/i jelaskan tidak akan dikembalikan. 6. PANDUAN MEMBAYAR YURAN (a) (b) (c) (d) (e) Bayaran yuran boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) mulai 20 Mei 2013 (Isnin) dan hendaklah dijelaskan sebelum hari pendaftaran. Saudara/i hendaklah menggunakan slip pembayaran (bill presentment slip) BIMB yang boleh didapati di mana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Saudara/i hendaklah mengisi butiran pada slip pembayaran tersebut dengan jelas dan terang termasuklah nama, no. pelajar (sila rujuk no. daftar pada surat tawaran kemasukan seperti 908xxxx), program pengajian dan tujuan bayaran dibuat. Bagi tujuan perekodan di pihak USIM, hanya no. pelajar (sila rujuk no. daftar pada surat tawaran kemasukan seperti 908xxxx) yang diperlukan di slip pembayaran (bill presentment slip) BIMB tersebut. JANGAN gunakan nombor kad pengenalan saudara/i bagi tujuan pembayaran tersebut. Sila pastikan bahawa bayaran tersebut dibuat atas nama Bendahari USIM, no. akaun Pastikan juga saudara/i mencatatkan butiran diri saudara/i termasuklah nama, no. pelajar (sila rujuk no. daftar pada surat tawaran kemasukan seperti 908xxxx), no. kad pengenalan dan program pengajian di bahagian bawah muka hadapan slip pembayaran bil tersebut dengan jelas dan terang. Sila semak cetakan pada slip pembayaran (bill presentment slip) BIMB tersebut bahawa bayaran telah dibuat atas nama BENDAHARI USIM dengan nombor akaun yang betul seperti di para (d) dan bukan kepada pihak lain. USIM tidak akan 9 bertanggungjawab sekiranya kesilapan bayaran berlaku kepada pihak lain atas sebab kesilapan nombor akaun. (f) Sila pastikan saudara/i mendapatkan kembali kesemua tiga (3) salinan slip bayaran tersebut (atau satu (1) salinan slip pembayaran bil) untuk dikemukakan pada hari pendaftaran sebagai bukti bahawa pembayaran telah dibuat. (g) (h) Kegagalan mengemukakan salinan bukti pembayaran tersebut boleh menyebabkan pendaftaran saudara/i tidak diterima. Bayaran yuran yang perlu dijelaskan adalah mengikut jumlah yang ditetapkan seperti di Jadual B. JADUAL B: KADAR BAYARAN YURAN MENGIKUT PROGRAM PENGAJIAN Program Bayaran Yuran (RM) Q0070 Tamhidi Pergigian Q0080 Tamhidi Perubatan Q0210 Tamhidi Perakaunan dan Muamalat Q0601 Tamhidi Syariah dan Undangundang Q0800 Tamhidi Sains dan Teknologi (i) Sekiranya saudara/i menghadapi kesulitan menjelaskan bayaran yuran yang ditetapkan, saudara/i boleh menghubungi Jabatan Bendahari di talian atau (Puan Azreen Filzah Ahmad Azizan atau Encik Norman Iskandar Abdul Jamal). (j) Saudara/i juga dikehendaki membuka akaun Wadi'ah di BIMB dan mengemukakan satu (1) salinan buku akaun atau satu (1) salinan dokumen pengesahan pembukaan akaun tersebut yang mengandungi butiran nama dan nombor akaun pada hari pendaftaran. 7. BANTUAN KEWANGAN PELAJAR ASASI IPTA (a) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menawarkan Bantuan Kewangan Pelajar Asasi IPTA kepada semua pelajar program Tamhidi. Bantuan Kewangan yang ditawarkan adalah meliputi Elaun Wang Saku mengikut jumlah yang ditetapkan oleh KPT, Yuran Pengajian dan Yuran Penginapan setiap semester. Selain itu, bagi pelajar Sabah dan Sarawak, KPT akan menanggung tambang penerbangan untuk sekali (pergi/balik). 10 (b) (c) (d) Saudara/i perlu menandatangani perjanjian dengan Kerajaan Malaysia dan akan tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian Program Asasi IPTA, Borang KPT(Bs)Mtr.Pind.1/2009. Semakan dan cetakan surat tawaran serta lain-lain borang perlu dibuat sendiri oleh pelajar secara online melalui modul semakan dan tawaran di portal Kementerian Pengajian Tinggi di https://online.mohe.gov.my/scholar/bantuanasasi/index2.php Dokumen Tawaran Bantuan Kewangan Asasi IPTA yang perlu dicetak oleh pelajar adalah seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) Surat tawaran Program Bantuan Kewangan Asasi IPTA; Borang Perjanjian; Surat pengakuan kedudukan kewangan penjamin; dan Buku panduan mengisi borang perjanjian; (e) (f) (g) Sila baca dan fahamkan panduan mengisi borang perjanjian yang dibekalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi mengelakkan masalah kelewatan pembayaran biasiswa kelak. Kesemua dokumen di para (iv) a, b dan c hendaklah diserahkan semasa pendaftaran. Kegagalan/kelewatan saudara/i mengemukakan dokumen berkenaan akan menjejaskan urusan pembayaran biasiswa kelak. Untuk tujuan pembiayaan oleh Kementerian Pengajian Tinggi ini, saudara/i dikehendaki melaksanakan yang berikut: (i) (ii) (iii) membuka akaun Wadi'ah Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB); menyediakan satu (1) salinan buku akaun tersebut (muka surat yang mengandungi butiran diri dan no. akaun sahaja) atau satu (1) salinan dokumen pengesahan pembukaan akaun tersebut; dan melengkapkan tiga (3) salinan Borang Perjanjian dan dimatikan setem setiap satu serta satu (1) salinan Borang Pengakuan Kedudukan Kewangan Penjamin. 8. ETIKA PAKAIAN PELAJAR (i) Selaku pelajar USIM, saudara/i hendaklah berpakaian sesuai dengan amalan biasa masyarakat Malaysia. Saudara/i hendaklah sepatutnya mengamalkan pemakaian yang bersih, kemas dan sopan terutama sekali semasa berada di khalayak ramai seperti ketika menghadiri kuliah, majlis rasmi atau 11 berurusan dengan mana-mana pejabat. (ii) Tertib berpakaian di USIM adalah seperti berikut: a. Saudara/i TIDAK BOLEH berpakaian yang menutup sebahagian muka (berpurdah) yang boleh menyukarkan pengenalan diri. b. Saudara/i TIDAK BOLEH berpakaian yang tidak menutup aurat atau berpakaian yang tidak bersih atau tidak sopan. c. Saudara/i TIDAK BOLEH berselipar atau memakai kemeja- T tidak berkolar semasa menghadiri kuliah, majlis rasmi atau berurusan dengan mana-mana pejabat. d. Pelajar lelaki yang ingin menutup kepala dibenarkan bersongkok hitam. (iii) Tatacara pemakaian semasa hadir mendaftar dan sepanjang Minggu Ta'aruf/Suai Kenal adalah seperti diperincikan di perkara 3 di atas. 9. MINGGU TA'ARUF/SUAI KENAL (i) (ii) (iii) Program Ta'aruf/Suai Kenal akan bermula pada hari yang sama selepas tamat Pendaftaran. Program Ta'aruf/Suai Kenal akan diadakan mulai 30 Mei 2013 hingga 1 Jun Program Ta'aruf/Suai Kenal WAJIB diikuti oleh semua pelajar baru Program Tamhidi Sesi Akademik 2013/2014. Jadual Program Ta'aruf/Suai Kenal adalah seperti di Lampiran PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI (i) Sekiranya saudara/i mempunyai sebarang pertanyaan sila hubungi nombor-nombor yang berkaitan pada waktu pejabat a. Isnin hingga Khamis: 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari, 2.00 hingga 5.00 petang. b. Jumaat: 8.00 pagi hingga tengahari, 2.45 hingga 5.00 petang. (ii) Saudara/i juga boleh mengemukakan sebarang soalan/ pertanyaan/kemusykilan di laman web USIM, helpdesk.usim.edu.my dan hantarkan soalan di Sistem HelpDesk USIM. (iii) Senarai pegawai rujukan adalah seperti berikut: a. Tawaran Kemasukan: Pusat Tamhidi - Tel: (Puan Azlinda Abd Aziz, Encik Junisam Jurimi) 12 b. Penginapan: Bahagian Hal Ehwal Pelajar - Tel: /6169/6170 (Encik Hazrul Fareeeza Harun / Puan Azlin Mahmud) c. Bayaran Yuran: Jabatan Bendahari - Tel: / 8036 (Puan Azreen Filzah Ahmad Azizan / Encik Norman Iskandar Abdul Jamal) 13 SENARAI SEMAK PENDAFTARAN Sebelum saudara/i hadir mendaftar, pastikan perkara-perkara berikut telah diambil tindakan: 1. Sahkan terima/tolak tawaran melalui laman web 2. Baca, fahamkan dan tandatangan Lampiran Syarat-syarat Tawaran Kemasukan (AKAD A/04) dalam laman web 3. Baca, fahamkan dan tandatangan Lampiran Peraturan Pakaian Pelajar (AKAD A/02) dalam laman web 4. Baca, fahamkan dan tandatangan Lampiran Ikrar Mahasiswa (AKAD A/10) dalam laman web 5. Lengkapkan Laporan Pemeriksaan Kesihatan (AKAD A/01) yang boleh di dapati di laman web web dan di bawa pada hari pendaftaran 6. Lengkapkan Lampiran Perakuan Kebenaran Bius (Anaesthesia) dan Pembedahan (AKAD A/08) yang boleh di dapati di laman web web dan di bawa pada hari pendaftaran 7. Bayar yuran di mana-mana cawangan BIMB mulai 10 Mei 2012 (Khamis) menggunakan slip bayaran (atau - slip bayaran/slip pembayaran bil) dan serahkan tiga (3) salinan pembayaran bil BIMB (atau satu (1) salinan slip pembayaran bil) pada hari pendaftaran. 8. Lekatkan gambar berwarna berukuran pasport pada semua ruangan yang memerlukan gambar PERINGATAN: Pastikan gambar yang digunakan menepati keperluan Peraturan Pakaian Pelajar 9. Sediakan sekurang - kurangnya satu (1) keping gambar berwarna berukuran pasport dan tulis nama, no. Daftar dan kod program pengajian di belakang setiap gambar PERINGATAN: Pastikan gambar yang digunakan menepati keperluan Peraturan Pakaian Pelajar 10. Sediakan satu (1) salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijil/slip keputusan dan surat tawaran kemasukan bagi tujuan rekod pelajar yang telah disahkan oleh pegawai Kerajaan kumpulan Pengurusan dan Profesional 11. Bawa sijil/slip keputusan asal SPM pada hari pendaftaran untuk tujuan semakan. Sila pastikan saudara/i mendapatkan semula dokumen asal tersebut untuk simpanan sendiri selepas disemak. 14 12. Lengkapkan tiga (3) salinan borang perjanjian biasiswa dan dimatikan setem setiap satu, satu (1) salinan Borang Pengakuan Kedudukan Kewangan Penjamin, satu (1) salinan Kad Pengenalan Pelajar yang disahkan benar DAN satu (1) salinan Kad Pengenalan Penjamin yang disahkan benar. Rujuk laman web Kementerian Pengajian Tinggi berikut: https://online.mohe.gov.my/scholar/bantuanasasi/index2.php 13. Pastikan keperluan harian serta perbelanjaan sara hidup harian yang mencukupi disediakan sepanjang Minggu Ta'aruf. 14. Hadir mendaftar pada tarikh, masa dan tempat yang telah ditetapkan mengikut jadual masing-masing. 15. Hadir mendaftar berpakaian seperti yang telah ditetapkan. 16. Baca dan fahamkan Panduan Pendaftaran Kemasukan Pelajar Baru P