Preview only show first 10 pages with watermark. For full document please download

Public Mutual Private Retirement Scheme (prs) Shariah-based Series (public Mutual Skim Persaraan Swasta (prs) Siri Berlandaskan Syariah)

30 Januari 2018 Public Mutual Private Retirement Scheme (PRS) Shariah-based Series (Public Mutual Skim Persaraan Swasta (PRS) Siri Berlandaskan Syariah) Public Mutual PRS Islamic Growth Fund (Public Mutual

   EMBED

  • Rating

  • Date

    June 2018
  • Size

    363.7KB
  • Views

    3,045
  • Categories


Share

Transcript

30 Januari 2018 Public Mutual Private Retirement Scheme (PRS) Shariah-based Series (Public Mutual Skim Persaraan Swasta (PRS) Siri Berlandaskan Syariah) Public Mutual PRS Islamic Growth Fund (Public Mutual Dana PRS Tumbuh Islamik) (PRS-IGRF) Public Mutual PRS Islamic Moderate Fund (Public Mutual Dana PRS Sederhana Islamik) (PRS-IMDF) Public Mutual PRS Islamic Conservative Fund (Public Mutual Dana PRS Konservatif Islamik) (PRS-ICVF) PENYATAAN TANGGUNGJAWAB Helaian Penting Produk ini telah diteliti dan diluluskan oleh pengarah-pengarah atau jawatankuasa yang dibenarkan dan/atau sesiapa yang diluluskan oleh Lembaga Public Mutual Berhad dan mereka secara kolektif dan secara individu menerima tanggungjawab penuh untuk ketepatan maklumat tersebut. Setelah membuat semua pertanyaan yang munasabah, mereka mengesahkan berdasarkan pengetahuan dan kepercayaan mereka, bahawa tidak ada kenyataan palsu atau mengelirukan, atau peninggalan fakta lain yang akan membuatkan sebarang pernyataan di dalam Helaian Penting Produk ini palsu atau mengelirukan. PENYATAAN PENAFIAN Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah meluluskan Public Mutual PRS Shariah-based Series (Public Mutual PRS Siri Berlandaskan Syariah) dan memberi kebenaran ke atas PRS-IGRF, PRS-IMDF dan PRS-ICVF, dan satu salinan Helaian Penting Produk ini telah diserah simpan dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Kelulusan dan kebenaran, serta penyerah simpanan Helaian Penting Produk ini, tidak harus dianggap bahawa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengesyorkan Public Mutual PRS Shariah-based Series (Public Mutual PRS Siri Berlandaskan Syariah) atau PRS-IGRF, PRS-IMDF dan PRS-ICVF, atau bertanggungjawab ke atas ketepatan mana-mana pernyataan yang dibuat atau pendapat atau laporan yang dinyatakan di dalam Helaian Penting Produk ini. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang ketakdedahan oleh pihak Public Mutual Berhad, yang bertanggungjawab bagi Public Mutual PRS Shariah-based Series (Public Mutual PRS Siri Berlandaskan Syariah) dan PRS-IGRF, PRS-IMDF dan PRS-ICVF, dan tidak bertanggungjawab terhadap kandungan Helaian Penting Produk ini. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak membuat representasi mengenai ketepatan atau kesempurnaan Helaian Penting Produk ini, dan dengan jelas menolak apa-apa liabiliti yang timbul daripada, atau bersandarkan kepada, keseluruhan atau mana-mana bahagian kandungannya. Helaian Penting Produk ini adalah terjemahan daripada versi Bahasa Inggeris. Jika terdapat sebarang perbezaan kandungan, Helaian Penting Produk versi Bahasa Inggeris dianggap muktamad. Helaian Penting Produk ini hanya memaparkan ciri-ciri utama dan risiko Public Mutual PRS Shariahbased Series (Public Mutual PRS Siri Berlandaskan Syariah) dan PRS-IGRF, PRS-IMDF dan PRS-ICVF. Pelabur dinasihatkan untuk meminta, membaca dan memahami dokumen pendedahan sebelum membuat keputusan untuk melabur. MAKLUMAT RINGKAS Apakah Public Mutual PRS Shariah-based Series (Public Mutual PRS Siri Berlandaskan Syariah), PRS-IGRF, PRS-IMDF dan PRS-ICVF? Public Mutual PRS Shariah-based Series (Public Mutual PRS Siri Berlandaskan Syariah) adalah skim persaraan swasta yang diuruskan oleh Public Mutual Berhad yang ditawarkan kepada orang ramai bagi tujuan simpanan jangka panjang* untuk persaraan. * Dana di bawah PRS bukan dana jaminan modal atau lindungan modal. 1 Apakah Public Mutual PRS Shariah-based Series (Public Mutual PRS Siri Berlandaskan Syariah), PRS-IGRF, PRS-IMDF dan PRS-ICVF? (samb ) Skim ini terdiri daripada dana-dana berikut: Dana Teras Dana Bukan-Teras Public Mutual PRS Islamic Growth Fund (Public Mutual Dana PRS Tumbuh Islamik) (PRS-IGRF) Public Mutual PRS Islamic Moderate Fund (Public Mutual Dana PRS Sederhana Islamik) (PRS-IMDF) Public Mutual PRS Islamic Conservative Fund (Public Mutual Dana PRS Konservatif Islamik) (PRS-ICVF) Public Mutual PRS Islamic Strategic Equity Fund (Public Mutual Dana PRS Ekuiti Strategik Islamik) (PRS-ISEQF) Pemegang amanah Skim ini adalah AmanahRaya Trustees Berhad. Penasihat Syariah untuk dana-dana ini adalah ZICO Shariah Advisory Services Sdn. Bhd. Apakah yang saya melabur? PRS-IGRF Kategori Dana Objektif Pelaburan Strategi Pelaburan CIRI-CIRI UTAMA PRODUK Teras (pertumbuhan) Dana bertujuan untuk mencapai pertumbuhan modal jangka panjang dan pendapatan pada tahap yang lebih rendah. Nota: Jangka panjang merujuk kepada tempoh yang melebihi 5 tahun. PRS-IGRF bertujuan untuk mencapai matlamatnya dengan melabur dalam pelbagai portfolio ekuiti patuh Syariah dan sukuk di pasaran domestik dan pasaran asing terpilih. Dana akan melabur sehingga 70% daripada Nilai Aset Bersihnya (NAB) dalam ekuiti patuh Syariah. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sukuk dan aset cair Islam yang termasuk instrumen pasaran wang Islam, akaun pelaburan Islam dan deposit Islam. Untuk mencapai peningkatan pempelbagaian, dana boleh melabur sehingga 70% daripada NABnya di pasaran asing. Alokasi Aset Ekuiti patuh Syariah Sehingga 70% daripada NAB dana Sukuk dan aset cair Islam Sekurang-kurangnya 30% daripada NAB dana Jika prospek bagi pasaran ekuiti tidak menggalakkan, pendedahan ekuiti patuh Syariah boleh dikurangkan kepada julat yang lebih rendah daripada yang dinyatakan di atas sebagai strategi defensif sementara. Aset asing patuh Syariah Lokasi Aset Malaysia China Singapura Korea Selatan Thailand Taiwan Indonesia Hong Kong Filipina Penanda Aras Sehingga 70% daripada NAB dana Mana-mana pasaran lain yang dibenarkan di mana pihak berkuasa berperaturan merupakan ahli biasa atau ahli bersekutu International Organization of Securities Commissions (IOSCO). 35% Indeks Syariah Hijrah FTSE Bursa Malaysia, 35% indeks khusus oleh S&P Dow Jones Indices, LLC berdasarkan 100 juzuk-juzuk tertinggi mengikut permodalan pasaran Indeks S&P Syariah BMI Asia Kecuali Jepun and 30% kadar Pasaran Wang Antara Bank Islam (IIMM) 3-Bulan. Nota: Profil risiko dana tidak sama dengan profil risiko penanda aras. Profil Ahli Bertoleransi terhadap risiko Mengutamakan pertumbuhan modal jangka panjang Mencapai persaraan sekurang-kurangnya dalam masa 15 tahun Berumur kurang daripada 40 jika mencarum di bawah pilihan tersedia 2 Apakah yang saya melabur? (samb ) PRS-IMDF Kategori Dana Objektif Pelaburan Strategi Pelaburan Teras (Sederhana) Dana bertujuan untuk mencapai pendapatan dan pertumbuhan modal dalam jangka panjang melalui pendekatan peruntukan aset yang seimbang. Nota: Jangka panjang merujuk kepada tempoh yang melebihi 5 tahun. PRS-IMDF bertujuan untuk mencapai matlamatnya dengan melabur dalam pelbagai portfolio ekuiti patuh Syariah dan sukuk di pasaran domestik dan pasaran asing terpilih. Dana akan melabur sehingga 60% daripada NABnya dalam ekuiti patuh Syariah. Baki NAB dana akan dilaburkan dalam sukuk dan aset cair Islam yang termasuk instrumen pasaran wang Islam, akaun pelaburan Islam dan deposit Islam. Untuk meningkatkan pempelbagaian, dana mungkin melabur sehingga 60% daripada NABnya di pasaran asing. Alokasi Aset Ekuiti patuh Syariah Sehingga 60% daripada NAB dana Sukuk dan aset cair Islam Sekurang-kurangnya 40% daripada NAB dana Jika prospek bagi pasaran ekuiti tidak menggalakkan, pendedahan ekuiti patuh Syariah boleh dikurangkan kepada julat yang lebih rendah daripada yang dinyatakan di atas sebagai strategi defensif sementara. Aset asing patuh Syariah Lokasi Aset Malaysia China Singapura Korea Selatan Thailand Taiwan Indonesia Hong Kong Filipina Penanda Aras Sehingga 60% daripada NAB dana Mana-mana pasaran lain yang dibenarkan di mana pihak berkuasa berperaturan merupakan ahli biasa atau ahli bersekutu IOSCO. 30% Indeks Syariah Hijrah FTSE Bursa Malaysia, 30% indeks khusus oleh S&P Dow Jones Indices, LLC berdasarkan 100 juzuk-juzuk tertinggi mengikut permodalan pasaran Indeks S&P Syariah BMI Asia Kecuali Jepun and 40% kadar IIMM 3-bulan. Nota: Profil risiko dana tidak sama dengan profil risiko penanda aras. Profil Ahli Toleransi sederhana terhadap risiko Mengutamakan pertumbuhan modal dan pendapatan* pada tahap yang lebih rendah Mencapai persaraan sekurang-kurangnya dalam masa 10 tahun Berumur di antara 40 hingga kurang daripada 50 jika mencarum di bawah pilihan tersedia PRS-ICVF Nota: * Agihan (sekiranya ada) akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam dana. Kategori Dana Objektif Pelaburan Strategi Pelaburan Teras (Konservatif) Dana bertujuan untuk mencapai pendapatan yang konsisten dengan pemeliharaan modal. Nota: Dana ini bukan dana jaminan modal atau lindungan modal. PRS-ICVF bertujuan untuk mencapai matlamatnya dengan melabur dalam pelbagai portfolio sukuk, instrumen pasaran wang Islam, akaun pelaburan Islam dan deposit Islam serta ekuiti patuh Syariah, kesemuanya di pasaran domestik. Dana ini akan melabur 60% hingga 80% daripada NABnya dalam sukuk dan sekurang-kurangnya 20% daripada NABnya dalam instrumen pasaran wang Islam. Dana ini boleh melabur sehingga 20% daripada NABnya dalam ekuiti patuh Syariah. 3 Apakah yang saya melabur? (samb ) PRS-ICVF Alokasi Aset Sukuk 60% hingga 80% daripada NAB dana Lokasi Aset Penanda Aras Instrumen pasaran wang Islam, akaun pelaburan Islam dan deposit Islam. Ekuiti patuh Syariah 20% hingga 40% daripada NAB dana (dengan sekurang-kurangnya 20% daripada NAB dana dilaburkan dalam instrumen pasaran wang Islam) Sehingga 20% daripada NAB dana Jika prospek bagi pasaran sukuk tidak menggalakkan, pendedahan sukuk boleh dikurangkan kepada julat yang lebih rendah daripada yang dinyatakan di atas sebagai strategi defensif sementara. Aset asing patuh Syariah Malaysia Tiada Kadar Akaun Pelaburan Am (GIA) 12-Bulan yang disebut oleh Bank Negara Malaysia. Nota: Profil risiko dana tidak sama dengan profil risiko penanda aras. Profil Ahli Secara amnya konservatif dan mengelak risiko Mengutamakan pendapatan* Berumur 50 dan ke atas jika mencarum di bawah pilihan tersedia Nota: * Agihan (sekiranya ada) akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam dana. Bagaimana Skim berfungsi? Anda boleh memilih untuk mencarum di bawah pilihan tersedia atau pilihan tidak-tersedia seperti yang dijelaskan di bawah: Caruman anda di bawah pilihan tersedia akan diperuntukkan secara automatik kepada dana teras yang sepadan dengan kumpulan umur seperti yang dinyatakan di bawah: Pilihan tersedia Dana Teras Kumpulan Umur* PRS-IGRF Umur di bawah 40 PRS-IMDF Umur di antara 40 hingga kurang daripada 50 PRS-ICVF Umur 50 dan ke atas * Kumpulan umur mungkin tertakluk pada perubahan yang mungkin ditentukan oleh pihak berkuasa yang berkaitan dari semasa ke semasa. Sekiranya anda membuat caruman pertama ke dalam Skim sebulan sebelum anda mencapai umur 40 atau 50, mengikut mana-mana yang berkenaan, caruman anda akan diperuntukkan kepada PRS-IMDF atau PRS-ICVF mengikut mana-mana yang berkenaan. Melainkan jika diarahkan sebaliknya, caruman anda akan ditukar secara automatik (tanpa caj) ke dalam dana teras yang bersesuaian, sebelum penghujung bulan kalendar seterusnya dari hari anda mencapai umur seperti yang dinyatakan dalam jadual di atas. Anda secara aktif boleh memilih satu atau lebih dana tanpa mengira umur anda. Pilihan tidaktersedia Jika majikan membuat caruman bagi pihak pekerja sama ada tertakluk pada jadual perletakan hak atau sebaliknya: - Pemilihan dana di bawah Skim (termasuk hak untuk menukar kepada dana lain) hendaklah dibuat oleh pekerja. - Sekiranya pekerja tidak membuat pemilihan dana, pilihan tersedia diguna pakai. Unit terletak hak dikekalkan dalam dua sub akaun berasingan oleh Penyedia PRS seperti berikut: i. Sub-akaun A - terdiri daripada 70% daripada semua caruman yang dibuat, ditunjukkan dalam unit; dan ii. Sub-akaun B - terdiri daripada 30% daripada semua caruman yang dibuat, ditunjukkan dalam unit. 4 Membuka Akaun Caruman permulaan minimum Caruman secara sekaligus : RM1,000* Arahan Debit Terus (DDI) : RM100 Jika anda adalah pelanggan Public Mutual Online (PMO), anda boleh mendaftar pembukaan akaun PRS melalui PMO dan membuat caruman anda secara dalam talian. Sekiranya anda bukan pelanggan PMO dan ingin menjadi salah seorang daripadanya, hantar borang permohonan PMO di cawangan Public Mutual Berhad/Pusat Khidmat Pelanggan, cawangan Public Bank Berhad atau melalui Perunding PRS anda. Jika tidak, sila lengkapkan pendaftaran PRS untuk borang pembukaan akaun dan borang permohonan dana serta serahkan bersama-sama dengan jumlah caruman yang dibuat dalam bentuk cek kepada mana-mana cawangan Public Bank Berhad. Untuk sesiapa yang menjadi ahli Public Mutual Berhad buat pertama kali, anda juga perlu melengkapkan borang pelabur baharu. Membuat caruman tambahan secara berkala ke akaun anda Caruman tambahan minimum Caruman secara sekaligus : RM100* DDI : RM100 Caruman tambahan boleh dilaksanakan melalui PMO, kebenaran debit terus dengan bank atau dengan mendepositkan cek anda ke dalam akaun kutipan di Public Bank Berhad. * Jumlah yang lebih rendah boleh diterima jika caruman kepada dana dibuat melalui majikan. Jumlah minimum sebanyak RM100 akan diterima untuk pemindahan daripada penyedia PRS lain. Penyedia PRS boleh mengurangkan jumlah minimum caruman permulaan dan tambahan dari semasa ke semasa. Bagaimana Cara Anda Menulis Cek Cek untuk caruman anda hendaklah ditulis seperti berikut: Caruman Permulaan Caruman Tambahan Cek mestilah dibayar kepada: Public Mutual Berhad - Nombor Kad Pengenalan Baharu Public Mutual Berhad - Nombor Akaun Dana yang Disasarkan atau Public Mutual Berhad - Nombor Kad Pengenalan Baharu Sila tulis nama, nombor kad pengenalan baharu/nombor pasport dan nombor telefon anda di belakang cek. ANDA DILARANG MEMBUAT BAYARAN TUNAI UNTUK CARUMAN PERUNDING PRS DAN KAKITANGAN PUBLIC MUTUAL BERHAD TIDAK DIBENARKAN MENERIMA CARUMAN DALAM BENTUK TUNAI DALAM APA JUA KEADAAN. Public Mutual Berhad tidak akan bertanggungjawab ke atas kerugian yang ditanggung sekiranya anda memberi wang tunai kepada perunding PRS atau kakitangan kami. ANDA DILARANG MEMBUAT BAYARAN TUNAI KEPADA PERUNDING PRS ATAU KAKITANGAN PUBLIC MUTUAL BERHAD. BNM/21/ ANDA DILARANG MENGELUARKAN CEK DI ATAS NAMA PERUNDING PRS ATAU KAKITANGAN PUBLIC MUTUAL BERHAD. 5 Pengeluaran unit Unit minimum untuk pengeluaran: 1,000 unit. Pengeluaran semasa persaraan: Pengeluaran daripada dana boleh dibuat sebahagian atau sepenuhnya. Anda boleh membuat permohonan pengeluaran anda pada bila-bila Hari Urus Niaga dengan melengkapkan dan menyerahkan borang permohonan pengeluaran ke pejabat cawangan Public Mutual Berhad yang terdekat atau Ibu Pejabat Public Mutual Berhad. Hasil pengeluaran anda akan dibayar dalam tempoh 10 hari dari tarikh permohonan anda diterima. Pengeluaran pra-persaraan: Pengeluaran pra-persaraan boleh dilaksanakan atas sebab-sebab berikut: i. Kematian ahli (pengeluaran boleh dibuat sebahagian atau sepenuhnya); ii. Ahli meninggalkan Malaysia selamanya (pengeluaran mesti dibuat sepenuhnya); iii. Hilang upaya menyeluruh secara kekal (pengeluaran mesti dibuat secara penuh); iv. Penyakit yang serius (pengeluaran mesti dibuat secara penuh); v. Ketidakupayaan mental (pengeluaran mesti dibuat secara penuh); atau vi. Pengeluaran manfaat terakru daripada sub akaun B (pengeluaran boleh dibuat sebahagian atau sepenuhnya). Pengeluaran daripada sub-akaun B boleh dipohon (daripada satu atau berbilang dana di bawah Skim) sekali setiap tahun kalendar, dengan syarat tiada pengeluaran dibuat daripada Skim iaitu anda telah menjadi ahli Skim kurang dari setahun. Permohonan pengeluaran pra-persaraan yang pertama dari sub-akaun B boleh dibuat hanya satu tahun selepas caruman pertama anda kepada mana-mana dana di bawah Skim ini. Anda boleh membuat permohonan pengeluaran anda pada bila-bila Hari Urus Niaga dengan melengkapkan dan menyerahkan borang permohonan pengeluaran ke pejabat cawangan Public Mutual Berhad yang terdekat atau Ibu Pejabat Public Mutual Berhad. Hasil pengeluaran anda akan dibayar dalam tempoh 10 hari dari tarikh permohonan anda diterima. Jika pengeluaran pra-persaraan adalah disebabkan kematian ahli, borang permohonan akan diserahkan kepada Private Pension Administrator (PPA). Setelah menerima kebenaran daripada PPA, permohonan itu akan diproses dan dibayar kepada penama, pemegang amanah, pelaksana atau pentadbir ahli yang telah meninggal dunia, dalam masa 10 hari. Penalti cukai sebanyak 8% akan ditolak daripada hasil pengeluaran pra-persaraan. Penalti cukai tidak dikenakan untuk pengeluaran pra-persaraan akibat kematian, ahli meninggalkan Malaysia selamanya, hilang upaya menyeluruh secara kekal, penyakit yang serius atau ketidakupayaan mental. Ahli yang memegang unit terletak hak secara bersyarat tidak dibenarkan memohon pengeluaran unit tersebut. Tukar ganti di antara dana dalam Skim ini dan dana di bawah Public Mutual PRS-Conventional Series (Public Mutual PRS -Siri Konvensional Unit minimum untuk tukar ganti: 1,000 unit. Tukar ganti di antara dana dalam Skim ini dan dana di bawah Public Mutual PRS-Conventional Series (Public Mutual PRS-Siri Konvensional) boleh dipohon melalui satu permohonan kepada Public Mutual Berhad, sekali setiap tahun kalendar. Permintaan tukar ganti yang pertama boleh dibuat hanya satu tahun selepas caruman pertama anda dalam mana-mana dana Public Mutual PRS. Anda boleh membuat permintaan tukar ganti melalui PMO atau dengan melengkapkan dan menyerahkan borang tukar ganti ke pejabat cawangan Public Mutual Berhad yang terdekat atau Ibu Pejabat Public Mutual Berhad. Tiada caj tukar ganti dikenakan jika anda menukar ganti daripada satu dana PRS ke dana PRS lain yang diuruskan oleh Public Mutual Berhad. Sila bertanya mengenai tukar ganti sebelum anda menebus. Penyedia PRS mempunyai kuasa untuk mengubah terma dan syarat tukar ganti dari semasa ke semasa. Sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami untuk terma dan syarat terkini mengenai tukar ganti. Pemindahan unit terletak hak kepada penyedia PRS yang lain Pemindahan unit terletak hak kepada penyedia PRS yang lain boleh dipohon (daripada satu atau berbilang dana di bawah Skim ini) sekali setiap tahun kalendar tertakluk pada: i. anda telah menjadi ahli di bawah Skim (sama ada melalui caruman ahli atau caruman majikan) sekurangkurangnya untuk satu tahun; dan ii. pemindahan manfaat terakru adalah (a) daripada satu atau lebih dana kepada satu atau lebih dana penyedia PRS lain pada kesetaraan satu sama satu; atau (b) daripada berbilang dana kepada satu dana. (Pemindahan manfaat terakru dari satu dana kepada berbilang dana penyedia PRS lain tidak dibenarkan) 6 Pemindahan unit terletak hak kepada penyedia PRS yang lain (samb ) Permohonan pemindahan pertama daripada mana-mana dana di bawah Skim ini boleh dibuat hanya satu tahun selepas caruman pertama anda dalam mana-mana dana di bawah Skim ini. Anda boleh membuat permohonan pemindahan dengan melengkapkan dan menyerahkan borang permohonan pemindahan kepada Penyedia PRS penerima yang kemudiannya akan menyerahkan borang permohonan tersebut kepada PPA. Setelah menerima borang pemindahan yang lengkap daripada PPA, Penyedia PRS akan memproses dan menghantar hasil pemindahan bersih kepada penyedia PRS penerima dalam tempoh 5 Hari Urus Niaga. Ahli yang memegang unit terletak hak bersyarat tidak dibenarkan untuk memohon pemindahan unit tersebut kepada penyedia PRS yang lain. Baki minimum akaun (hanya untuk pasca persaraan sahaja) Baki minimum 1,000 unit mesti dikekalkan sepanjang masa untuk terus melabur dengan dana. Jika penebusan separa (melalui pengeluaran atau tukar ganti) unit mengakibatkan baki di dalam akaun dana anda kurang daripada 1,000 unit, Penyedia PRS boleh menebus keseluruhan akaun. Hak Bertenang Hanya untuk pencarum kali pertama PRS. Permohonan anda hendaklah dikemukakan kepada pejabat cawangan Public Mutual Berhad yang terdekat atau Ibu Pejabat Public Mutual Berhad dalam tempoh 6 Hari Urus Niaga dari tarikh Public Mutual Berhad menerima borang permohonan dan pembayaran. Bayaran balik penuh akan dibayar dalam tempoh 10 hari dari tarikh penerimaan permohonan oleh Public Mutual Berhad dan kebenaran oleh PPA. Bayaran balik bagi setiap unit yang dipegang adalah jumlah harga unit pada hari unit dibeli dan caj jualan