Preview only show first 10 pages with watermark. For full document please download

Resepi Noxxa Avon

resepi

   EMBED


Share

Transcript

  Cream Cheese Bread Bahan-bahan ( 1 loaf )    160g air    250g tepung roti    50g cream cheese     10g susu tepung    15g gula    3g(1 sudu kecil) garam    20g butter    2.5g (3/4 sudu kecil) dry yeast Cara-cara 1.   Masukkan semua bahan-bahan ikut susunan ke dalam breadmaker. 2.   ON kan breadmaker. Tunggu siap.. 3.   Bila dah siap potonglah ikut yang anda suka.   Roti ini menurut buku itu beratnya 2 paun. BAHAN2NYA: 1½ cawan air 2 camca besar minyak (kjee guna minyak canola. minyak apa2 pun boleh) 2 camca besar gula 2 camca teh garam 2 camca besar susu kering 4 cawan tepung roti 1½ camca teh yis (2½ camca teh kalau guna program segera) CARA: Sukat semua bahan. Kemudian masukkan dulu air dan minyak. Kemudian masukkan semua bahan kering kecuali yis. Yis hanya dimasukkan di bahagian atas tepung. Jangan kenakan air atau minyak. pilih program 4 untuk masak segera. Selepas itu tunggu sahajalah hingga tamat program itu, dua jam kemudian, anda akan dapat menikmati roti panas!    Resepi roti bun BAHAN2NYA: 240 gms tepung hi protein (tepung roti) 60 gm superfine flour (tepung gandum kata CMG pun, boleh) 50 gms gula castor 30 gm butter 10 gms susu tepung 150 ml air 1 butir telor 2 sudu kecik yeast ½ sudu kecik bread improver ½ sudu kecik bread softerner 5 gms garam inti ikut suka CARA:   Masukkan semua bahan satu persatu bermula dengan bahan basah ke dalam tin breadmaker. Kemudian set pada doh dan tunggu selama masa yang ditetapkan. Brand Amway mengambil masa 1½ jam. Lepas tu keluarkan doh dan bubuh dalam besin alluminium dan tumbuk angin  pada doh itu sampai leper. Kemudian biarkan kira2 20 minit dengan ditutup towel dapur yang bersih. Selepas itu bahagikan ikut suka bulat2. Pastu leperkan dan bubuhlah inti dan bulatkan sekali lagi. Susun atas tray  pembakar yang telah disapu merjerin dan ditaburkan tepung. Jangan susun rapat2 sebab roti akan naik sehingga sekali ganda. Biarkan selama 40 minit atau dirasakan sudah cukup naik. Sapu telor yang telah dipukul dan dicampur sedikit susu segar diatas roti dan bakar selama 20 hingga 25 minit guna suhu 160 degree. Bila dah nampak cantik warna keemasan, keluarkan dan sapukan pula mentega ketika ia masih panas. Cubalah. sangat berbaloi.