Preview only show first 10 pages with watermark. For full document please download

Skrip Pengacara Majlis Jamuan Hari Raya 2012

qsq

   EMBED

  • Rating

  • Date

    June 2018
  • Size

    114.1KB
  • Views

    7,740
  • Categories


Share

Transcript

   OLEH : WAN MOHAMMAD AKMAL BIN WAN ABDULLAH SKRIP PENGACARA MAJLIS MESRA AIDILFITRI & JAMUAN PERPISAHAN 2014 SK JERANGAU, DUNGUN    ALUAN PENGERUSI Bismillahirrahmanirrahim (Surah Ta Ha) Yang Berusaha Encik Adnan b Hj Awang, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jerangau Yang Berusaha, Pn Noraini Bt Abd Hamid, Penolong Kanan Pentadbiran, Yang Dihormati Pn Zanariah Bt Mat Nor, Penolong kanan Hal Ehwal Murid, Yang Dihormati, Encik Razihawari b Che Wan Penolong Kanan Kokurikulum, Guru-guru Kanan, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.  Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Bersongkok bersampin segak berseri Berbaju kurung anggun jelita Majlis ramah mesra aidil fitri Bersamalah kita meraikannya Kuih bahulu tradisi kita Ketupat rendang pembuka selera Tangan dihulur maaf dipinta  Agar ukhwah terjalin mesra  PENDAHULUAN  Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di DEWAN SEJERA yang ceria ini untuk meraikan MAJLIS MESRA AIDILFITRI DAN JAMUAN PERPISAHAN bagi tahun 2014. BACAAN DOA Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu  dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Encik Razihawari b Che Wan bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz. …  terima kasih Encik Razi di atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.   UCAPAN PENGETUA   Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian, Lemang dihidang enak rasanya Nasi arab pilihan kita Bingkisan kata bingkisan raya Tuan Guru Besar bermadah kata Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan yang berusaha, Encik Adnan b Hj Awang, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jerangau untuk menyampaikan sepatah dua kata lantas merasmikan majlis kita pada hari ini. Majlis menjemput dan dipersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang Berusaha. Tuan Guru Besar di atas ucapan perasmian sebentar tadi. UCAPAN BEKAS GURU SK JERANGAU Tidak dilupakan juga, bagi menyerikan lagi MAJLIS MESRA AIDILFITRI dan JAMUAN PERPISAHAN kita pada pagi ini, majlis menjemput dan mempersilakan Cikgu Tuan Azam b Tuan Sidek untuk menyampaikan ucapan. Seterusnya dijemput Cikgu Mohd Hafiz B Md Zin Seterusnya dijemput Puan Zurina bt Sulaiman Tidak dilupakan jua, dijemput Ustaz Suhaimi b Md Noh Terima kasih diucapkan kepada bekas-belas guru yang telah menabur bakti di SK Jerangau. Kami sentiasa mendoakan moga-moga cikgu-cikgu sekalian dikurniakan tubuh badan yang sihat disamping keluarga yang tersayang serta selamat berkhidmat di sekolah baru masing-masing. JAMUAN Ketupat lemang nasi impit laksa Mi kuah bihun sup tidak dilupa Kek dan biskut tersedia di meja  Tunggu apa lagi jom kita jamu selera Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah yang telah sedia dihidangkan. PERSEMBAHAN:  Awan bersua citra berkisah Ukiran sukma kilauan kelisa Sambil berbual nikmati juadah Persembahan pelajar ceria acara Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang akan didendangkan oleh pelajar. PENUTUP   Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan MAJLIS MESRA AIDILFITRI DAN JAMUAN PERPISAHAN bagi tahun 2014 peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini. Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.